ad ld

Thursday, June 19, 2014

Sepanyol Kalah Lagi 0-2 Chile Piala Dunia 2014

Sepanyol terpaksa akur melupakan misi mempertahan gelaran juara dunia yang dijulang empat tahun lalu selepas tewas 2-0 pada perlawanan kedua Kumpulan B bertemu Chile. Permainan Sepanyol agak kucar-kacir memudahkan pemain-pemain Chile mengatur serangan lebih pantas.


Gol pertama Chile hadir pada minit ke-20 melalui Eduardo Vargas selepas dia tidak kawal di kawasan penalti dan mudah menewaskan penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas. Mendahului pasukan juara bertahan itu, menjadikan anak buah Jorge Sampaoli lebih rancak mengatur serangan demi serangan.

Penyudah tumpul pemain Sepanyol gagal meledakkan sebarang gol pada babak pertama. Sebelum itu, pemain tengah Chile, Charles Aranguiz pada minit ke-43 menambah derita Sepanyol dengan menjaringkan gol kedua pasukannya. Babak kedua menyaksikan pertukaran pemain bagi skuad Sepanyol dengan Koke mengantikan Xabi Alonso.

Minit ke-63 jurulatih Sepanyol Vicente del Bosque sekali lagi membuat pertukaran dengan mengeluarkan Diego Costa dan memasukkan Fernando Torres. Manakala minit ke-67 penjaring kedua Chile, Aranguiz digantikan dengan Felipe Gutierrez. Kedua-dua pasukan gagal mencari sebarang gol pada separuh masa kedua. Sepanyol gagal memperbaiki keputusan sekaligus melengkapkan rekod kalah kali kedua berturut-turut selepas tewas 5-1 kepada Belanda Ahad lalu.

-- Ucapan Hari Bapa Kak Hanim Utk Papa Touching Beb
-- Pelajar Malaysia Di Jordan Kemalangan Jatuh Gaung Sumaiyah Romli Mati 4 Cedera (Gambar)
-- Pembaca Berita TV3 Dicium Brian McKnight Atas Pentas Konsert Di PWTC?
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

No comments: