Pada majlis itu Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 35, menyerahkan mas kahwin bernilai RM1001 manakala wang hantaran sebanyak RM20,000 kepada pengantin perempuan.
Pihak lelaki turut memberikan sembilan dulang hantaran antaranya minyak wangi, beg tangan, sejadah, sirih junjung, kek dan cincin. Ia dibalas sebelas dulang hantaran oleh pengantin perempuan antaranya seperti sirih junjung, buah-buahan, Al-Quran, jam, kasut iPad Mini dan cincin. Fizz melahirkan rasa syukur dengan pernikahan itu dan berharap rumah tangga mereka akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
"Alhamdulillah, akhirnya kami disatukan selepas pelbagai rintangan yang dilalui. "Saya harap kali ini kami dapat hidup bersama sehingga akhir hayat, InsyaAllah," katanya. Fizz dan Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, telah menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun. Sepanjang tempoh percintaan itu mereka pernah putus dan menjalinkan hubungan semula. Dalam pada itu, Almy turut memiliki seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya, 5. mstar
-- Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
-- 5 Pelajar UIAM Parah Bas Terbabas Di Km 25.2 Lebuh Raya PLUS (Gambar)
-- Anak Ketua Pramugara MH370 Maira Elizabeth Terima Jersi Liverpool (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
No comments:
Post a Comment