Gara-gara mengeluarkan kenyataan pada artikel Prof Muhaya : Solusi
Keluar Dari Bebanan Hidup yang disiarkan Sinar Harian Online, Selasa
lalu, penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad dikritik pembaca
kerana disifatkan tidak prihatin nasib rakyat.
Melalui sebuah video yang dimuat naik ke laman sosial Youtube, Prof Muhaya menjelaskan mengenai perkara tersebut. “Saya bukan ustazah, bukan ahli politik dan bukan ahli ekonomi. Saya
cuma pencetus inspirasi yang semua orang sudah tahu, gaya saya
bercakap...Kita mesti faham bahawa ada benda yang kita boleh kawal dan
tidak boleh kawal.
“Apabila ditanya bagaimana nak tangani beban orang yang tengah
serabut...memang banyak pihak yang nak saya buat kenyataan memarahi
pihak yang menaikkan harga dan sebagainya. Tapi, pada saya, itu semua
banyak dah orang yang cakap. "Jadi, peranan saya sebagai seorang yang berusia 50-an, ada pengalaman,
saya memang sangat yakin bahawa cara kita melihat sesuatu akan mengubah
tindakan, persepsi atau interpretasi kita terhadap perkara itu,”
katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menekankan soal 80 peratus dalam kehidupan
adalah untuk mencari solusi sementara bakinya untuk melihat masalah. “Katakanlah, minyak atau susu tumpah. Adakah kita nak lap susu itu atau nak bergaduh siapa yang tumpahkan susu itu? “Saya nak katakan di sini bahawa kita mesti melihat kehidupan dengan 80
peratus mencari solusi dan 20 peratus untuk melihat masalah,” katanya.
Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyebut
kenyataannya dalam artikel tersebut menunjukkan bahawa dirinya tidak
prihatin terhadap kesusahan rakyat. “Saya bukan ahli politik dan prinsip saya adalah tidak membuat
kenyataan berbaur politik. Untuk situasi ini, bukan tidak prihatin.
Siapa yang tidak prihatin...memang kasihan. “Tetapi kalau kita kasihan, ramai orang yang susah, takkanlah kita nak
ambil duit beri kepada semua orang susah itu? Kalau kita beri pun, ia
dipanggil langkah sekejap.
“Tetapi bagaimana kita nak ‘empower’ seseorang? Ataupun beri kuasa atau
membuat seseorang itu melakukan apa yang boleh pada situasi terdesak
ini untuk menghadapi suasana tersebut?,” katanya. Tambahnya, “saya seru kepada yang membuat dasar, kalau boleh kita
prihatin dan janganlah kita melakukan sesuatu yang membebankan orang.
Kerana kalau kita melepaskan beban orang, insya-ALLAH, ALLAH akan
melepaskan beban kita,” katanya.
Jelasnya, “saya nak jelaskan, saya buat video ini pun bukan untuk
justifikasi...takut orang tak suka, takut orang marah. Sebenarnya, saya
dah maafkan semua orang yang mengata tak elok tentang saya. Saya tak
rasa marah langsung. Saya faham dan rasa kasihan. sinarharian
-- Tiada Aduan Bukti Rakyat Malaysia Sokong Kenaikan Harga - Hasan Malek (Gambar)
-- Stacy Terbuka Hati Untuk Peluk Islam (Gambar)
-- Kekasih Larang Berpeluk Antara Sebab Izara Aishah Tangguh Kahwin (Gambar)
-- Lana Nordin Tetap Teruskan Niat Ingin Berubah Jadi Muslimah Lebih Baik (Gambar)
No comments:
Post a Comment