Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji
atau minimum RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi meringankan lagi beban
golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas
Kewangan sebanyak RM250.
"Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal
Januari 2014," katanya ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat
hari ini. Pada Ogos lepas, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas
Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing telah dibayar kepada
penjawat awam dan pesara. Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.
Bagi menghargai sumbangan penjawat awam yang menjadi tulang belakang
pembangunan negara, Najib berkata kerajaan juga bersetuju menambah baik
sebanyak 81 skim perkhidmatan daripada pelbagai peringkat mulai November
ini. Perdana Menteri berkata, pada Julai lepas, kerajaan telah memberi
tambahan satu kenaikan gaji tahunan (KGT) melibatkan peruntukan sebanyak
RM1.6 bilion.
Di samping itu, katanya kerajaan juga telah memberi tambahan tiga KGT
kepada gaji maksimum bagi semua kumpulan perkhidmatan dan telah
memanfaatkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum. sinarharian
-- Pegawai Bank Norazita Abu Talib Mati Ditembak Guard Merompak (Gambar)
-- Aeril Zafrel Kesal Anaknya Bersama Wawa Zainal Dilabel Anak Haram
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
No comments:
Post a Comment