Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada pagi Khamis. Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau menerima mesej teks tentang berita ini beberapa minit selepas Azizan menghembuskan nafas terakhir.
Pada Rabu lalu Azizan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami serangan jantung di hospital. Keadaan Azizan lemah sejak pukul 1 pagi hari berkenaan dan beliau mengalami serangan jantung 2 jam kemudian. Beliau tidak sedarkan diri dan telah diletakkan di bawah pemerhatian rapi.
Ketua Penerangan PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata Azizan mengalami serangan jantung kedua pada tengahari Rabu.
Kaki Azizan telah dipotong di bawah paras lutut pada bulan Mei lepas akibat komplikasi kencing manis yang kronik. Tan Sri juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN kawasan Sungai Limau. mstar
-- Azizan Bekas Menteri Besar Kedah Masuk CCU Hospital Pulau Pinang (Gambar)
-- Pak Guard Skypark Ceritakan Kes Isteri Matyo (Video)
No comments:
Post a Comment