Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun mati akibat lemas
setelah ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya selama lebih lima jam
dalam kereta di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya, Khamis. Nawal Iris Samsudin, yang tertidur di kerusi belakang kereta, ditemui
oleh ibunya Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan
sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata, kanak-kanak
itu ditinggalkan di dalam kereta dengan kesemua tingkap ditutup dan
enjin dimatikan sejak pukul 11 pagi sebelum ibunya kembali ke kereta itu
pada pukul 5.30 petang. Ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang guru terlupa mengenai anak
bongsunya yang sepatutnya dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak sebelum
dia ke sekolah, katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Beliau berkata sebelum ke sekolah, wanita itu menghantar adiknya ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. "Setelah habis tugasan si ibu pergi ke kereta pada 5.30 petang dan
terkejut melihat muka Nawal Iris kebiruan, bibirnya pucat serta ada
kesan muntah dan najis kanak-kanak itu di dalam kereta berkenaan,"
katanya. Yahaya berkata, menyedari keadaan anaknya yang tidak bergerak, wanita
berkenaan segera membawa anaknya ke klinik swasta berdekatan di USJ4,
Subang Jaya, di sini dan doktor mengesahkan kanak-kanak itu telah
meninggal dunia.
Beliau berkata, laporan bedah siasat oleh Hospital Serdang yang
diperoleh tengah hari Jumaat mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia
kerana 'heat stroke'. Sementara itu, tinjauan Bernama di Hospital Serdang mendapati suasana
pilu menyelubungi bilik mayat apabila lebih 30 ahli keluarga
kanak-kanak itu hadir menunggu proses bedah siasat selesai. Ibu kanak-kanak itu yang menangis teresak-esak serta ahli keluarganya enggan ditemu bual wartawan. Polis mengesahkan jenazah kanak-kanak itu dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya. mstar
-- Budak Mati Tersepit Lif Di Perumahan Awam Desa Tun Razak (Gambar)
-- Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)
-- (Gambar) Nur Dania 3 Thn Mati Dgn 73 Kesan Cedera Disyaki Didera
No comments:
Post a Comment