Keadaan jerebu yang semakin teruk di Johor menyebabkan lebih banyak sekolah terpaksa diarah bercuti mulai Jumaat. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Mohd Nor A Ghani berkata selepas
kesemua sekolah rendah dan menengah di Muar diarah bercuti hari ini,
sekolah di daerah Batu Pahat dan Pasir Gudang turut diarah berbuat
demikian.
"Di Batu Pahat, sebanyak 175 sekolah rendah dan menengah melibatkan
80,000 pelajar serta 105 sekolah rendah dan menengah di Pasir Gudang
melibatkan 116,493 pelajar diarahkan bercuti berikutan masalah jerebu,"
katanya pada Khamis. Indeks pencemaran udara (IPU) di kedua-dua daerah meningkat petang
tadi iaitu 333 bagi Pasir Gudang manakala bacaan bagi Batu Pahat belum
diperoleh. Bagaimanapun, bacaan IPU di daerah itu, yang merangkumi kawasan Muar, pada sebelah pagi ialah 383. Sehubungan itu, pelajar di 211 sekolah rendah dan menengah di Muar diarah bercuti mulai hari ini.
Sementara itu, operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai berjalan seperti biasa. Bagaimanapun, Penolong Pengurus Besar (Pembangunan Perniagaan)
Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Senai Sdn Bhd Adny Ahmad berkata
penerbangan beberapa pesawat terpaksa dijadual semula. "Kami tidak menerima amaran daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
namun jerebu menyebabkan beberapa penerbangan terpaksa dijadual semula,"
katanya. Beliau juga berkata keutamaan kini adalah untuk meminimumkan
kesulitan rakan kongsi syarikat penerbangan itu dan pelanggan mereka. bernama
-- Jerebu Semakin Buruk Melaka Port Dickson Muar Kemaman IPU Tidak Sihat
-- Pernikahan Amar Asyraf Dan Arna Salleh (Gambar)
-- Pelajar Maahad Tahfiz Pulau Melaka Maut Dijangkiti Kencing Tikus
No comments:
Post a Comment