Ghazal Untuk Rabiah (1997) dan Pasrah (2000), itu antara dua filem yang pernah menampilkan wanita berwajah kacukan ini semasa zaman kegemilangan menjadi aktres di dalam dunia hiburan tempatan.
Namun, selepas berkahwin pada tahun 2000, Wilma Muhammad, 38, terus menutup pintu hati untuk bergelumang dalam dunia lakonan dan menukar imej seksinya sebelum ini kepada wanita muslimah. Lantas Pasrah menjadi filem terakhir lakonannya.
"Sepanjang saya berkahwin, saya memang menjadi suri rumah sepenuh masa dan ingin memberi fokus terhadap suami dan keluarga. Tapi, saya ada juga membuat perniagaan kecil-kecilan di rumah seperti membuat kek dan sebagainya. "Namun, setelah pemergian arwah suami saya, saya mula bekerja dan kini saya bekerja sebagai eksekutif pemasaran di syarikat rakan baik saya sendiri yang menawarkan saya jawatan tersebut," cerita Wilma serba sedikit mengenai kisah hidupnya setelah kematian suami tercinta, juruterbang Firefly, Mahir Effendi, 37, akibat serangan jantung pada Januari tahun ini.
Kini, setelah 11 tahun menyepi diri di dalam dunia lakonan, Wilma kembali dengan menjadi tonggak utama dengan memegang watak sebagai Tengku Suraya dalam filem terbaharu di bawah garapan Imran Ismail yang berjudul 1945.
Filem terbitan AAR Intelligent Sdn. Bhd., itu yang dijangka bakal memulakan penggambaran pada bulan Disember ini turut menampilkan aktor Faizal Hussein dan Yank Kassim. Menurut Wilma, keputusan untuk kembali tampil di layar perak disebabkan oleh tawaran watak diberikan yang mencabar dan filem ini mempunyai kelainan dan kekuatan yang tersendiri. kosmo
-- (Gambar)Suami Pelakon Wilma Muhammad, Mahir Effendi Pilot Firefly Meninggal Dunia
-- Gambar Fasha Sandha Di Majlis Majalah Lisa, Perhh
2 comments:
pernah nampak dia & asben masa mula2 dia pakai tudong dulu,,memang lawo..
salam singgah
ajal maut ditangan tuhan, moga dia tabah...
nampak ayu sekali...
jom follow back
qhaifanurin.blogspot.com
Post a Comment