ad ld

Thursday, February 6, 2014

Majlis Resepsi Puteri Sarah Dan Syamsul Tema Islamic Arabic Night Di Pusat Konvensyen Setia City

Anak kepada pengarah filem Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul dan Syafiq akhirnya memilih tarikh 18 April depan untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan masing-masing. Ibu kepada kedua-dua selebriti tersebut, Datin Patimah Ismail berkata, majlis resepsi berkenaan akan diadakan di Dewan Perdana Felda, pada pukul 8 malam.


"Insya-Allah pihak kami akan mengadakan majlis resepsi itu serentak secara sederhana dengan kehadiran semua kaum keluarga, rakan-rakan dan teman media pada majlis sambut menantu. "Selain itu, kami juga merancang untuk mengadakan satu majlis kecil di rumah atas permintaan anak-anak selepas acara di Dewan Felda," katanya.

Patimah turut mengesahkan Syamsul bakal diijabkabulkan dengan aktres Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac ini di Masjid Sri Damansara di sini pada pukul 10 pagi. Patimah berkata, majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan pada sebelah malam hari yang sama di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam bertemakan Islamic Arabian Night. "Syamsul sendiri yang berhajat untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan tema tersebut kerana ingin memakai jubah pada hari bahagianya dan berharap semua perkara akan berjalan lancar," katanya.

Tambah Patimah lagi, majlis pernikahan Syafiq dengan tunangnya, Aiesyah Zainal pula akan diadakan pada 5 April depan iaitu kira-kira sebulan selepas pernikahan Syamsul. "Saya kini sedang menguruskan permohonan pernikahan mereka di pejabat agama dan persiapan di pihak lelaki setakat ini berjalan lancar," katanya.

Pada 12 Januari lalu, Syamsul telah merisik Puteri Sarah dalam satu majlis yang diadakan di kediaman wanita itu di Sri Damansara. Manakala Syafiq mengikat tali pertunangan dengan Aiesyah pada 23 Disember 2012. mstar

--  Penduduk Pasir Mas Alami Cuaca Sejuk 17'C Ala Cameron Highlands Gitu
--  Program Baucar Kerja Bantuan RM35 Sehari Untuk Miskin Bandar
--  Ustaz Don Dan Anak Di Majlis Konvokesyen Isterinya (Gambar)
--  Bayi 4 Bulan Mati Di Taska Di Desa Pinggiran Putra

No comments: