Anak kepada pengarah filem Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul dan
Syafiq akhirnya memilih tarikh 18 April depan untuk mengadakan majlis
resepsi perkahwinan masing-masing. Ibu kepada kedua-dua selebriti tersebut, Datin Patimah Ismail
berkata, majlis resepsi berkenaan akan diadakan di Dewan Perdana Felda, pada pukul 8 malam.
"Insya-Allah pihak kami akan mengadakan majlis resepsi itu serentak
secara sederhana dengan kehadiran semua kaum keluarga, rakan-rakan dan
teman media pada majlis sambut menantu. "Selain itu, kami juga merancang untuk mengadakan satu majlis kecil
di rumah atas permintaan anak-anak selepas acara di Dewan Felda,"
katanya.
