ad ld

Tuesday, February 4, 2014

Muzium Lilin I-City Terbakar Polis Sahkan Perbuatan Khianat (Gambar)

Polis pada Isnin mengesahkan bahawa kejadian kebakaran yang membabitkan lebih 10 patung lilin di muzium lilin The Red Carpet, i-City di sini Rabu lepas adalah perbuatan khianat. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, DSP Muhammad Idzham Jaafar berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan berikutan khianat ke atas bangunan.


"Suspek dilihat memakai topi dan sarung tangan dalam kejadian itu... bagaimanapun kami tidak boleh bagi komen lanjut mengenainya sehingga siasatan selesai," katanya. Sementara itu, Pengurus Maklumat I-Berhad, pemaju i-City, Tang Soke Ching dalam kenyataan berkata pengesahan polis itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis terbabit.

"Rakaman CCTV...menunjukkan tiga individu memasuki muzium itu melalui pintu masuk yang digunakan oleh pengawal keselamatan i-City. "Rakaman itu turut menunjukkan mereka membakar ruang pameran dan beberapa patung lilin," katanya. Tang berkata polis juga sedang menyiasat sama ada terdapat individu lain yang terlibat dalam kejadian itu.

Katanya, berikutan kejadian itu, kawasan pameran utama The Red Carpet akan ditutup kepada orang ramai buat sementara waktu bagi membolehkan kerja mengganti dan membina semula patung lilin yang musnah. "Bagi patung lilin yang tidak mengalami sebarang kerosakan, pihak pengurusan telah memindahkan patung-patung lilin ke bilik pameran lain dengan bayaran RM5 (sekali masuk) bagi pengunjung yang mahu menyaksikan pameran," katanya. Kebakaran kira-kira pukul 2.30 pagi itu, selain merosakkan patung lilin turut memusnahkan taman tema digital hingga menyebabkan kerugian ratusan ribu ringgit. mstar

--  Budak Perempuan 7 Tahun Mati Dikelar Bapa Dua Kakak Turut Cedera Putus Jari Di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi (Gambar)
--  Budak 6 Tahun Diculik Depan Tadika Di Taman Damai Impian Bangi (Gambar)
--  Pelajar Malaysia Ditikam 14 Kali Di Nottingham Ahmad Izat Ahmad Mazni (Gambar)
--  Bayi 4 Bulan Mati Di Taska Di Desa Pinggiran Putra

No comments: