Sgt teruk rupanya provokasi dan tekanan yg dialami skuad Malaysia sepanjang berada di Indonesia utk final Piala Suzuki AFF yg lps.
- Kami diludah, dimaki hamun, digelar anjing, dipukul, dibaling objek keras dan dilayan buruk tetapi itu sebenarnya yg membakar semangat pemain negara utk menang dan mencipta sejarah negara," kata pengurus Datuk Subahan Kamal.
"Bayangkan betapa panasnya berada di dalam Baracuda selama
setengah jam sebab kenderaan perang tidak ada penghawa dingin. Itu semua dugaan yang menguatkan lagi semangat pemain untuk buktikan bahawa kita boleh menjadi juara walaupun menghadapi pelbagai tekanan,” katanya.
Tidak cukup dengan layanan teruk, Ketua Jurulatih, K Rajagobal sendiri diludah peminat Indonesia ketika keluar dari hotel penginapan bahkan, Subahan turut dipukul di kepalanya manakala pegawai perubatan dibaling objek keras ketika sesi latihan. Tgk sini.
-- Tahniah utk skuad Malaysia, tetap gagah harungi segala cabaran demi perjuangan sukan utk negara tercinta.
1 comment:
hissh sampai camtu sekali! ish...kalau la kt M'sia wat camtu kt diorang sure dh kecoh giler..
apapun malaysia menang! best ....!
Post a Comment