ad ld

Saturday, January 29, 2011

(Gambar)Suami Pelakon Wilma Muhammad, Mahir Effendi Pilot Firefly Meninggal Dunia

Lately byk kematian di usia muda disebabkan serangan jantung. Bru je pelakon arwah Faizal Yusof meninggal dunia pd usia 33 tahun, hri ni kuar berita suami pelakon Wilma Muhammad pula maut mangsa serangan jantung pd usia 37 thn. Takziah utk keluarga Wilma. Al-Fatihah.  


Suami pelakon Wilma Muhammad iaitu Mahir Effendi 37, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tunku dipercayai akibat serangan jantung.

Rakan pelakon itu, penyanyi Ramziela Radzillah, memaklumkan kematian tersebut ketika dihubungi. “Arwah suami Wilma meninggal dalam tidur di rumahnya pada malam semalam (Khamis). Saya agak terkejut juga kerana setahu saya arwah tidak menghidap penyakit jantung.

“Arwah merupakan juruterbang Firefly dan selalu membuat pemeriksaan doktor. Bagaimanapun, saya bersimpati dengan keadaan Wilma yang masih terkejut untuk menerima kematian suaminya. "Tambahan pula dia perlu menyara lima orang anak yang masih kecil dalam keadaannya yang tidak bekerja,” kata penyanyi lagu Gemilang Cinta itu. Jenazah Mahir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara selepas solat Jumaat. mstar

-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
-- Mawi, Ekin Teruja Nak Tahu Jantina Anak
-- Pernikahan Tengku Amalin Dan Pengiran Muda Abdul Qawi (Gambar)
-- Pernikahan Liyana Jasmay Dan Fathuddin Mazlan Di Hotel Seri Pasific KL (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

6 comments:

♥cikmOt♥ said...

hurmm...baru ni jumpa ngan wilma datang opis ngan suami dia...

tapi rasanya kapt mahir mang ada sakit...sebab lesen dia lama gak kami grounded...pepun Allah lebih sayangkan dia kan

mamaarifakeemaisy said...

al fatihah..moga rohnya dicucuri rahmat..

ieda said...

takziah buat wilma ..

kakngah said...

Al-Fatihah
mmg lama tak dgr khabar wilma..

Shayna Rose said...

al-fatihah.. semoga roh suaminya dicucuri rahmat..

Bionic women said...

masa kat u dulu, pernah sebilik ngan adik wilma..hehe. tapi ayah lain2 ler, ibu sama