ad ld

Wednesday, January 12, 2011

(Gambar) Nur Dania 3 Thn Mati Dgn 73 Kesan Cedera Disyaki Didera

Salam.. Dh 2 hari hanya n3 auto publish, langsung x dan nk BW bloglist coz bz sesgt. Blk umah kul 5 bru bleh approve komen..huhu.. Harap maaf my friends.. Tq byk2 pd yg still sudi dtg blog ni walau tanpa kunjung balas 2-3 hari ni ye..

Semlm tgk berita, cer budak 3 thn mati disyaki akibat dera. Bukan skit, 73 kesan cedera dikesan pd mayat anak kecil tu. Apa salah budak tu smp kejam sgt pdnya..

Johor Bahru: Tujuh puluh tiga kesan cedera pada seluruh tubuh menjadi petunjuk punca kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun akibat didera dan bukan disebabkan lemas seperti didakwa ibu tirinya.

Nur Dania Qistina Nurafizan yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya yang berusia 25 tahun di Kampung Sungai Tiram di sini, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, pagi kelmarin, selepas dibawa ke hospital oleh bapanya yang memberitahu dia lemas dalam baldi.

Bagaimanapun, hasil bedah siasat dilakukan, pihak hospital mengesyaki punca kematian kanak-kanak itu akibat didera dengan kejam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima polis, tengah hari semalam. Menurutnya, laporan menunjukkan mangsa mempunyai 73 kesan penderaan fizikal selain lebam di dada.

Doktor juga mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana mengalami pendarahan dalaman di paru-paru dan menolak dakwaan ibu tiri mangsa yang menyatakan kanak-kanak itu lemas.

“Dalam laporan, bapa mangsa mendakwa menerima panggilan daripada isterinya pada jam 8.30 pagi ketika berada di tempat kerja dan wanita itu menyatakan anak kedua suaminya hasil perkahwinan pertama lelaki itu ditemui tidak sedarkan diri dan lemas di dalam baldi. “Lelaki terbabit membawa mangsa dari rumah mereka di Kampung Sungai Tiram di sini ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan. “Bagaimanapun, lelaki itu menyatakan anaknya tidak dapat diselamatkan dan hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Roslan berkata, mengikut laporan bedah siasat, dakwaan ibu tiri mangsa bahawa mangsa lemas tidak benar kerana tiada tanda lemas dikenal pasti sebaliknya ada 73 kesan penderaan dan pendarahan dalaman di paru-paru. Menurutnya, polis sudah menahan ibu tiri terbabit bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. hmetro

-- Klik utk:  Pramugari MAS Chin Swee Len Ditemui Mati Di Amsterdam Belanda
-- (Gambar) Mangsa Sula Menderita Sakit Di Bandar Tenggara Kulaijaya Johor
-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal 

17 comments:

LYaFRINA said...

Tgk gak dlm berita.. tp ingatkan pgasuh y jaga..

Ya Allah.. jahatnya ibu tiri.. Apalah salah anak kecil ni. Semoga mdpt pmbalasan y setimpal akibat pbuatannya.

kakngah said...

kenapa lah kejam sangat perlaku ank tk berdosa tu mcm tu.. budk umur 3thn.. apa la yg dia tau sgt..
harap terima hukuman yg setimpal sprt pembunuh adk humairah.

A D I A said...

dgr news ni semalam ters bergenang air mata. sampai hati dera anak sampai macam tu!

Zue AnnaLeeya said...

mmg giler sape yg buat tuh... zaman skrg pon ader lagi ke kes ibu tiri jahat gini??? mmg bangang....

sebak plak tgk mayat tuh... tingat plak kt anak akak... umo pon sebaya jer dgn airel...

Mummy ZaraZarif said...

kejamnye manusia..

Mummy said...

kejam sungguh pelakunya...semoga dikenakan hukuman setimpal...

Sari said...

benci sangat2 baca citer mcm ni..nak nangis pun ada..

kalau tak nak jaga..jgn ambik..bagi kat org lain..datuk ker..nenek ker...dera sampai meninggal...tergamak sungguh...!!

analia buyani said...

Innalillah...kesiannya...

Lelord said...

sedeynya...terima lako pembalasannya nanti

al-fatihah tu arwah

Dr.LoVe said...

sedih sy bila baca pasal ni...sebb aku pun mpunyai anak...kenapalah mak tiri tu kejam benar dan tiada hati perut...binatang ker??...
w'pun mendapat hukuman dunia...belum tertentu terlepas ngan hukuman akhirat....

kayyana said...

al-fatihah... saya mohon izin copy entry ni di blog sye ye

munna said...

mmg phsyco mak tiri tu... ayah dia pun satu takkan tak tahu anak dia kena dera

Anonymous said...

kg.sgi tiram tu area kg.saya...

Mat Ghie said...

Memng Kejam Mak tiri...masih ada yang tidak ada sifat manusia hanya bertopeng semata2..

Unknown said...

al-fatihah untuk arwah Nur Dania

amal said...

sedih... apela yang dia pk masa dia pukul anak kecik ni....

ieda said...

sedihnya tgk wajah arwah adik nie ..akak terus terbayangkan anak akak huhuhu
memang mak tiri SETAN nie !! .. lemas konon x nampak ker muka budak tuu lebam2 .. bapaknya pun sama .. eii sakit ati akak tgk lahhh