ad ld

Thursday, July 15, 2010

Paul Si Sotong Sudah Pencen

BERLIN - Sotong kurita, Paul, yang menjadi terkenal selepas berjaya meramal keputusan perlawanan Piala Dunia dengan tepat, dilaporkan akan bersara.

Jurucakap akuarium Sea Life di Jerman, Tanja Munzig berkata, sotong misteri itu akan berundur daripada dunia ramalan. "Paul tidak akan membuat apa-apa ramalan lagi, sama ada untuk perlawanan bola sepak, politik atau ekonomi." "Sebaliknya, Paul akan kembali melakukan kerja lamanya, iaitu membuat kanak-kanak ketawa di akuarium ini," katanya.

Sotong kurita itu menjadi perhatian dunia selepas membuat ramalan tepat bagi kesemua tujuh perlawanan yang membabitkan pasukan bola sepak Jerman dan perlawanan akhir, di mana haiwan itu meramal dengan tepat kemenangan pasukan Sepanyol. - sinarharian

1 comment: