ad ld

Sunday, July 25, 2010

Gambar Kemalangan Di Batu Feringghi George Town

Mohd. Helmi Abdul Rahim, 20an,terbaring di atas jalan raya selepas tercampak ke atas sebuah kereta Proton Saga dari arah bertentangan setelah gagal mengawal motosikal Honda yang ditunggangnya di Batu Feringghi, George Town, semalam.

Mangsa kemalangan itu yang berasal dari Teluk Bahang dikatakan pengsan di tempat kejadian dan mengalami kecederaan teruk di kepala telah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang.

Menurut saksi, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.45 petang yang mana mangsa dilihat menunggang berseorangan secara laju dari arah pusat bandar ke Batu Feringghi bertindak memotong sebuah teksi tetapi gagal lalu merempuh kereta Proton Saga itu. - foto BERNAMA

-- Tolak Seks, Nurul Awatif Dibunuh Dibakar Di Ampang Jaya
-- Gambar Datuk Awang Jabar Maut Kemalangan di Km 26 Jln K Terengganu Kemaman Dungun
-- (Gambar) 3 Maut Honda Civic Melambung Atas Van Vannette Di Lebuhraya Persekutuan Dkt Jln Syed Putra 

No comments: