ad ld

Sunday, July 11, 2010

Keputusan Piala Dunia - Uruguay vs Jerman

Jerman menewaskan Uruguay 3-2 pada perlawanan penentuan tempat ketiga Piala Dunia 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay awal pagi tadi.

Jerman mendahului menerusi jaringan Thomas Mueller pada minit ke-19 sebelum Uruguay menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian menerusi gol Edinson Cavani.

Diego Forlan meletakkan Uruguay di depan pada minit ke-51 sebelum Marcell Jansen menyamakan kedudukan untuk Jerman lima minit kemudian.

Sami Khedira memastikan Jerman memenangi tempat ketiga Piala Dunia 2010 apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-82.

No comments: