ad ld

Thursday, February 12, 2015

Tok Guru Nik Aziz Meninggal Dunia (Gambar)

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghembuskan nafas terakhirnya sebaik dibawa pulang ke kediamannya di Pulau Melaka kira-kira pukul 9.40 malam pada Khamis.


Perkara itu disahkan anaknya, Nik Mohamad Abduh menerusi laman Facebooknya. "Dengan izin tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi roh ayahanda menuju penciptanya tepat jam 9.40 pada malam Jumaat yang agung," katanya.

Nik Abduh juga memberitahu beliau akan memaklumkan masa solat jenazah ayahnya yang dijangka diadakan pada malam Khamis. Beberapa jam lalu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu memaklumkan tahap kesihatan ayahnya menurun selepas menjalani rawatan ulser pada Rabu.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu sepatutnya dibenarkan pulang ke kediamannya pada Jumaat, bagaimanapun mendapat kebenaran doktor untuk pulang lebih awal. Pemimpin PAS itu dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian pada 20 Januari lalu apabila kesihatannya merosot selepas kejadian banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini, selain menghidap kanser prostat.

Nik Abdul Aziz, 84, merupakan menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan dari 1990 hingga 2013. mstar

--  Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia Di CCU IJN (Gambar)
--  Dato Nik Aziz Letak Jawatan Menteri Besar Kelantan Lantik Datuk Ahmad Yakob
--  Datuk Bukhari Che Muda Meninggal Dunia CEO TV Al Hijrah
--  Izwan Pilus Meninggal Dunia
--  Ibu Siti Sarah Meninggal Dunia (Gambar) 

No comments: