ad ld

Tuesday, February 24, 2015

Anugerah Meletop Era 2015 Johan Raih 3 Trofi (Gambar)

Pelawak dan penyampai radio Johan menggondol tiga trofi termasuk kategori utama Top Top MeleTOP (Lelaki) pada Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil.


Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 31, turut memenangi menerusi kategori iaitu Penyampai Radio MeleTOP dan Pelawak MeleTOP. Dengan kemenangan itu, Johan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM20,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Manakala aktres Ayda Jebat dipilih penerima trofi Top Top MeleTOP (Wanita) dan Artis Baharu MeleTOP. Ayda berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 berserta trofi sumbangan Astro.


Penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza membuktikan beliau masih mempunyai pengikut yang kuat apabila menerima dua trofi AME 2015 iaitu dalam kategori Bintang Online MeleTOP dan Penyanyi MeleTOP. Akim & The Majistret membawa pulang dua trofi menerusi kategori Grup/Kumpulan MeleTOP dan Lagu MeleTOP (Mewangi).

Bagi setiap kategori setiap pemenang menerima wang tunai RM5,000 berserta trofi sumbangan Astro. Sementara itu, Datuk AC Mizal menerima trofi menerusi kategori Hos TV MeleTOP manakala Zul Ariffin dipilih sebagai pemenang Pelakon TV MeleTOP.

Nelydia Senrose mencipta kejutan apabila diumumkan pemenang kategori Bintang Filem MeleTOP manakala filem Abang Long Fadil diumumkan sebagai Filem MeleTOP. AME 2015 dihoskan oleh Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad, Noor Neelofa dan kumpulan Jozan (Zizan Razak dan Johan). Acara pada malam tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada Wings, Joe Flizzow, SonaOne, Nico, Repvblik, Hazama, Dayuk Ramli Sarip dan Datuk Siti Nurhaliza. mstar

--  Almy Nadia Bersalin Anak Perempuan 3.25kg Di Hospital Columbia
--  Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil Dato Zahari Di Yong Peng (Gambar)
--  (Gambar) Astro Tegur Lisa Surihani Kerana 'Gila Babi'
--  Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar) 

No comments: