Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghembuskan nafas
terakhirnya sebaik dibawa pulang ke kediamannya di Pulau Melaka
kira-kira pukul 9.40 malam pada Khamis.
Perkara itu disahkan anaknya, Nik Mohamad Abduh menerusi laman Facebooknya. "Dengan izin tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan
tugas mengiringi roh ayahanda menuju penciptanya tepat jam 9.40 pada
malam Jumaat yang agung," katanya.