ad ld

Thursday, September 18, 2014

Azmi Sharom Pensyarah UM Mahu Cabar Keperlembagaan Akta Hasutan (Gambar)

Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya, Prof Dr Azmi Sharom mahu mencabar keperlembagaan Akta Hasutan 1948. Dr Azmi, 45, memohon satu perintah bahawa Mahkamah Sesyen merujuk kes hasutan beliau ke Mahkamah Tinggi untuk menentukan keperlembagaan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 itu.


Beliau turut memohon perintah untuk menggantung kes tersebut sementara menunggu pertuduhan terhadapnya dibatalkan.
Peguamnya, Gobind Singh Deo berkata, Mahkamah Sesyen mempunyai kuasa untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi bagi menentukan perkara yang dibangkitkan di bawah Seksyen 30 Akta Mahkamah Pengadilan 1964. Bagi menyokong permohonannya, Gobind yang diiringi Dr Azmi dan peguam Malik Imtiaz Sarwar berkata, Akta Hasutan tidak digubal oleh Parlimen.

"Ordinan Hasutan telah digubal pada 1948 sebelum merdeka. Ia disemak semula menerusi Undang-Undang Semakan Suruhanjaya dan diwartakan sebagai undang-undang. "Ia tidak diluluskan menerusi Parlimen dan oleh itu ia tidak boleh menghalang hak Dr Azmi untuk bersuara seperti yang dibenarkan di bawah Artikel 10 (2) Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, ia tidak mengikut Perlembagaan," katanya.

Pada 2 September lalu, Dr Azmi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mengeluarkan kenyataan yang didakwa berbaur hasutan dalam sebuah portal mengenai krisis politik di Perak pada 2009. mstar

-- Perodua Axia Dibuka Untuk Tempahan Harga Dari RM24900 (Gambar)
-- Mastura Calon Pilihan Raya MPP UM Didakwa Hilang
-- Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

No comments: