Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya, Prof Dr Azmi Sharom mahu mencabar keperlembagaan Akta Hasutan 1948. Dr Azmi, 45, memohon satu perintah bahawa Mahkamah Sesyen merujuk kes
hasutan beliau ke Mahkamah Tinggi untuk menentukan keperlembagaan
Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 itu.
Beliau turut memohon perintah untuk menggantung kes tersebut sementara menunggu pertuduhan terhadapnya dibatalkan.
