ad ld

Wednesday, September 10, 2014

Datuk Zakaria Man Pengarah JPJ Pahang Meninggal Dunia

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Datuk Zakaria Man meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) petang Selasa akibat kanser.


Pegawai Perhubungan Awam JPJ Pahang, Hashim Mustapha berkata, Allahyarham yang berusia 59 tahun meninggal dunia pada 5.45 petang Selasa setelah dimasukkan ke HTAA petang semalam.

"Allahyarham dikesan menghidap penyakit itu sejak enam bulan lepas dan pernah dirujuk untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur. "Allahyarham yang bercuti sakit sejak dua bulan lepas mengadu tidak sihat petang Isnin menyebabkan keluarganya membawa beliau ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Jenazah Zakaria dikebumikan di kampung halamannya di Kuala Sentul, Maran selepas Isyak. Allahyarham, yang menjadi Pengarah JPJ Pahang sejak 2006, meninggalkan seorang balu, Datin Azimah Abdul Wahab dan lima anak. mstar

-- Rogol Jer Nora Danish Ramai2 Baru Best @muhd_akmal95 (Gambar)
-- Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
-- Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court
-- Anak Scha Al Yahya Dan Awal Lara Alana (Gambar)

No comments: