ad ld

Tuesday, September 16, 2014

UPSR Bocor Guru Besar, Jurutera Dan Guru Ditahan Polis

Seorang guru besar, dua guru dan seorang ejen insuran direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.


Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nur Dahlia Azmi di Mahkamah Majistret Putrajaya bermula 15 September hingga 18 September ini. Mereka ditahan untuk siasatan di lokap Ibu Pejabat Polis Putrajaya dan dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya.

Semalam, polis menahan empat guru di Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak dalam satu operasi khas bermula pada 3.30 petang. Polis turut merampas gajet komunikasi. Seramai 10 individu telah diambil keterangan terdiri enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, seorang wartawan dan tiga guru.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada Khamis juga. LPM menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.

Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat-kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai.

Seorang jurutera ditahan di Kemaman berhubung kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), menjadikan mereka yang ditahan kini berjumlah tujuh orang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata lelaki tersebut berumur 34 tahun ditahan jam 1 tengah hari. "Lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Putrajaya dan akan direman esok pagi," katanya dalam satu kenyataan. sinarharian

-- Perodua Axia Dilancarkan Harga Lebih Murah Bermula RM24600-RM42530 (Gambar)
-- Rogol Jer Nora Danish Ramai2 Baru Best @muhd_akmal95 (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

No comments: