ad ld

Saturday, November 6, 2010

Terkini Banjir Di Kedah, 55 Pesakit Kritikal Hospital Sultanah Bahiyah Dipindahkan Krn Catuan Air

Seramai 55 pesakit kritikal yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) hari ini dipindahkan ke beberapa hospital lain. Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Marzuki Md Isa berkata, empat hospital yang dipilih bagi menempatkan pesakit kronik, kanak-kanak dan bayi itu ialah Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani; Hospital Kulim; Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Hospital Besar Pulau Pinang.

Seramai 21 pesakit ditempatkan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani; Hospital Kulim (13); Hospital Seberang jaya, Pulau Pinang (lima) dan Hospital Pulau Pinang (16), katanya kepada pemberita ketika operasi memindahkan pesakit di HSB hari ini.

Pesakit-pesakit terlibat terpaksa dipindahkan memandangkan catuan bekalan air bersih yang dilakukan oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang bermula Selasa lepas.

"Sekarang ini kita tidak ada bekalan air bersih yang mencukupi dan pesakit-pesakit kritikal ini memerlukan banyak bekalan air bersih untuk tujuan rawatan dan pembedahan. "Jadi pihak HSB mengambil langkah awal dengan memindahkan pesakit berkenaan ke hospital lain bagi membolehkan rawatan susulan dilaksanakan dengan sempurna,” katanya.

Beliau berharap orang ramai tidak keliru kerana HSB masih menerima pesakit dan menjalankan operasinya seperti biasa. - Utusan

-- (Gambar) Banjir Di Kelantan, Terengganu Makin Buruk
-- Yuna Sahkan Kemenangan Penakut Di AIM Ditarik Balik