ad ld

Wednesday, November 24, 2010

(Gambar) Wanita Hamil Ditemui Mati Disyaki Leher Dikelar Suami Sendiri

JOHOR BAHRU: Seorang wanita mengandung ditemui mati dengan kesan kelar di lehernya dipercayai dilakukan oleh suaminya sendiri di rumahnya di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram di sini, kelmarin.

Rohana Hamzah, 26, ditemui pemilik rumah yang disewa mangsa dan suaminya dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah kira-kira jam 1 tengah hari sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.


Bapa mangsa, Hamzah Mohd, 51, mendakwa anaknya mengalami masalah rumah tangga. "Semalam (kelmarin) arwah ada menelefon saya kira-kira jam 11.15 pagi meminta salinan kad pengenalannya yang ada dalam simpanan saya. Dalam perbualan itu, saya terdengar bunyi bising seperti pertengkaran sedang berlaku sebelum talian terputus.

"Saya cuba menghubunginya kembali namun gagal kerana telefon bimbitnya dimatikan," katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, semalam. Hamzah berkata, beliau kemudian menerima panggilan bapa saudara menantunya kira-kira jam 2.30 petang, memintanya datang ke rumah anaknya untuk berbincang mengenai masalah keluarga.

"Ketika itu, hati saya semakin berdebar dan apabila sampai di rumah arwah, saya melihat orang ramai dan polis berada di pekarangan rumahnya. "Saya terkejut dan hampir pengsan apabila polis menunjukkan mayat anak saya dalam keadaan terlentang di dalam bilik utama," katanya. Hamzah berkata, beliau kemudian melihat suami mangsa dalam keadaan bergari dan dibawa polis.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, mengesahkan suami mangsa berusia 24 tahun yang juga suspek utama kes itu kini ditahan bagi membantu siasatan. Katanya, polis akan menyiasat kes itu secara menyeluruh dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi hingga menjejaskan siasatan. - bharian

9 comments:

Ena said...

astaghfirullahalazim..

LYaFRINA said...

kesiannya....

♥cikmOt♥ said...

selamat pagi tuan rumah...
aler siannya...
sure somi dia dirasuk sore2 halus...
tak pun ilang akal dah....

Syida said...

kesian dia....

Syida said...

kesian dia....

Zue AnnaLeeya said...

mmg giler ar lelaki mcm tuh... sggup kelar istri sdiri... siannya..

Anonymous said...

itu mesti kes mendengar suara dari langit..heh!!

perempuan jugak yg jadi mangsa..again..again & again..

BIONIC WOMEN said...

memang kejam ler laki dia kalau betoi dia yg buat..huhuhuhu
mesti kes belajar ilmu salah ag nih..hahahaha..
sejak akhir2 ni kalau kes bunuh mesti cakap belajar ilmu salah..

Anonymous said...

suami sekarang kan kerapkali berlaku kejam terhadap isteri