ad ld

Friday, November 5, 2010

(Gambar) Terkini Banjir Di Kedah Dan Perlis Lbh 40 Ribu Org Dipindahkan

Banjir yang melanda Kedah dan Perlis semakin buruk apabila lebih 40,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.

Angka tersebut lebih sekali ganda daripada angka pemindahan yang dicatatkan dalam banjir besar yang melanda pada tahun 2005 apabila 21,000 penduduk dipindahkan.
Di Kedah, jumlah mangsa meningkat kepada lebih 28,569 orang berbanding kira-kira 25,000 kelmarin ekoran keadaan banjir yang semakin buruk di empat daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang manakala keadaan banjir di Padang Terap semakin baik.

Di Kubang Pasu, seramai 15,672 penduduk daripada 4,347 keluarga dipindahkan manakala di Padang Terap, 2,737 orang masih berada di pusat pemindahan. Banjir di Kota Setar melibatkan 8,184 penduduk, Pokok Sena seramai 1,281 orang dan daerah Pendang merekodkan 158 penduduk yang dipindahkan.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata, sehingga pukul 12 tengah hari semalam, sebanyak 103 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 46 di Kubang Pasu, 35 di Padang Terap, 15 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang. - kosmo

-- (Gambar) Banjir Di Kelantan, Terengganu Makin Buruk
-- Gambar Fasha Sandha Di Majlis Majalah Lisa, Perhh

No comments: