ad ld

Showing posts with label world cup 2014. Show all posts
Showing posts with label world cup 2014. Show all posts

Thursday, June 19, 2014

Sepanyol Kalah Lagi 0-2 Chile Piala Dunia 2014

Sepanyol terpaksa akur melupakan misi mempertahan gelaran juara dunia yang dijulang empat tahun lalu selepas tewas 2-0 pada perlawanan kedua Kumpulan B bertemu Chile. Permainan Sepanyol agak kucar-kacir memudahkan pemain-pemain Chile mengatur serangan lebih pantas.


Gol pertama Chile hadir pada minit ke-20 melalui Eduardo Vargas selepas dia tidak kawal di kawasan penalti dan mudah menewaskan penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas. Mendahului pasukan juara bertahan itu, menjadikan anak buah Jorge Sampaoli lebih rancak mengatur serangan demi serangan.

Keputusan Piala Dunia 2014 Belanda vs Australia (Gambar)

Belanda mengukuhkan kedudukan teratas Kumpulan B selepas menewaskan Australia 3-2 pada aksi Piala Dunia, Khamis. Penyerang berbisa Bayern Munich, Arjen Robben membuka jaringan pada minit ke-20 untuk Belanda namun Tim Cahill menyamakan kedudukan seminit selepas itu.


Skuad Australia yang dibimbing Holher Osieck menguasai babak pertama permainan, cuba memecah benteng pertahanan Belanda.Sehingga tamat separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat seri 1-1.