ad ld

Thursday, June 19, 2014

Keputusan Piala Dunia 2014 Belanda vs Australia (Gambar)

Belanda mengukuhkan kedudukan teratas Kumpulan B selepas menewaskan Australia 3-2 pada aksi Piala Dunia, Khamis. Penyerang berbisa Bayern Munich, Arjen Robben membuka jaringan pada minit ke-20 untuk Belanda namun Tim Cahill menyamakan kedudukan seminit selepas itu.


Skuad Australia yang dibimbing Holher Osieck menguasai babak pertama permainan, cuba memecah benteng pertahanan Belanda.Sehingga tamat separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat seri 1-1.

Babak kedua menyaksikan rentak Belanda semakin rancak dengan percubaan bahaya, namun Australia berjaya mendahului kedudukan selepas Mile Jedinak menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-54 gara-gara terkena tangan Janmaat.

Tiga minit selepas itu, penyerang Manchester United, Robin van Persie kembali menyamakan jaringan. Jaringan kemenangan Belanda dijaringkan oleh Memphis Depay hasil percubaan jarak jauh menewaskan penjaga gol Australia, Matthew Ryan. Kemenangan ini menyaksikan Belanda kini mengutip jumlah tertinggi dengan lapan gol.

--  Arip Juara Kilauan Emas 4 Raih RM100Ribu Dan Toyota Camry
--  Kepala Sharifah Shahira Berdarah Kerana Prank Game Show (Gambar)
--  Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

No comments: