Belanda mengukuhkan kedudukan teratas Kumpulan B selepas menewaskan Australia 3-2 pada aksi Piala Dunia, Khamis. Penyerang berbisa Bayern Munich, Arjen Robben membuka jaringan pada
minit ke-20 untuk Belanda namun Tim Cahill menyamakan kedudukan seminit
selepas itu.
Skuad Australia yang dibimbing Holher Osieck menguasai babak pertama
permainan, cuba memecah benteng pertahanan Belanda.Sehingga tamat
separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat seri 1-1.
