Agaknya nape si ibu tu kejam sgt? Mental ke apa kot.. Jiwa kacau, jahat gilerrr...
KUALA LUMPUR 13 Jan. - Walaupun baru berusia setahun 10 bulan dan tidak mengerti apa-apa, seorang budak terpaksa menanggung derita akibat dipukul dengan kejam oleh ibunya sendiri. Malah suspek yang merupakan warga China tergamak mendera dan memukul anak lelakinya itu sehingga patah tulang dekat mata di sebelah kanan selain lebam di muka dan kepala.
Mangsa dipercayai diperlakukan sedemikian oleh suspek kurang 48 jam di rumah mereka di Sungai Long, Kajang. Episod itu terbongkar apabila bapa mangsa membawa Yong Kar Sheng di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas tidak sampai hati melihat kecederaan dialami anak bongsunya itu.