ad ld

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Buffered Earning Ke 20 Utk 2011, Rezeki Ramadhan

Buffered earnings a.k.a BE dtg lg, Alhamdulillah. Rezeki Ramadhan berterusan lps dpt cek nuffnang yg ke 6 awal Ogos hr tu. BE baru ni Proton Saga CVT namanya. Dh ada n3 pasal Saga FLX ni last week, kat sini linknya. Prestasi Pahit-Manis 1st Love utk 2011 mmg buat hati ku gembira coz dpt BE baru setiap bulan, la la la.


Selamat 'melombong' duit ye my new BE. Uols yg plan or berminat dgn Saga FLX ni bleh 'explore' n3 ni, mana tahu nk kereta baru utk raya kan..hehe. Tq nuffnang, toceh toceh..

-- Saga FLX 1.3L CVT, Harga, Spec, Gambar Dan Warna Terkini
-- Isteri Angkasawan, Dr Halina Bersalin Dalam Air

Monday, August 2, 2010

Masak Masak Lagi Di Hari Minggu

Salam.. Lewatnya n3 ri ni dh tghari ye..huhu.. Dh dekat lunch ni tingat menu apa yg tingin hr ni kan. N mcm biasa lah, blog ni lps weekend ada picca main masak2 kan.. So jom layan ekk..


1st picca tu ayam masak merah.. Agak2 best x? hehe.. 2nd picca plak ayam gulai kelate mari..


Last but not least, udang goreng fevret hanim.. perhhh.. sgt sedap beb...

- Picca hr ni dlm kuali n periuk je, xdan snap masa dlm pinggan daaaa.. harap maklum ok...hehe..

Friday, July 30, 2010

Penumbuk Jawab Pertanyaan Isteri

AMPANG: “Abang pergi dengan siapa? Lelaki ke perempuan?” Dua pertanyaan itu menyebabkan seorang wanita cedera di muka selepas ditumbuk suaminya yang bengang diajukan soalan itu. Bukan sekadar ditumbuk, mangsa berusia 20-an turut ditarik rambut dan dimaki-hamun dengan pelbagai kata-kata kesat.

Kejadian berlaku dalam kereta ketika pasangan suami isteri bersama anak mereka berusia dua tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Pandan Indah di sini, kira-kira jam 10 malam, 22 Julai lalu. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami pendarahan di hidung dan bengkak di muka selain sakit di kepalanya akibat rambut ditarik dengan kuat.

Menurut sumber, ketika berada dalam kereta berhampiran sebuah pasar raya, wanita itu bertanyakan suaminya yang bekerja sebagai kerani berhubung tugasan luar daerah yang perlu dihadiri lelaki itu di utara Semenanjung, hujung minggu ini. “Pergaduhan tercetus hanya disebabkan mangsa bertanya dengan siapa suaminya pergi, sama ada dengan teman sekerja lelaki atau perempuan. - hmetro

Tuesday, July 27, 2010

Agak2 Best Ke Naik Benda Tu?

Salam.. Ni sambung lagi cer weekend lps..huhu.. Lps acara makan2 byk masa lunch tu, terasa ngantuk plak. Tp my hubby kata xkan nk tido kt umah je weekend cmni. Rugi masa la.. Then I jwb lah,' Pastu ada plan ke Be? Baik punya soklan kan.. Kita gi ronda2 dgn kete je lah, ok x? tya hubby. Alahai xkan I nk jwb no kan..kih2..lg suka ada la.. Maka pusing2 je sekitar SP ni, n ada lah habuan utk cik hanim doter kesayangan tu. Tgk tu.. Best je nmpk hanim naik mainan tu, nk join skali gak lah..hehe..


Klu biar je hanim dgn papa dia mmg semua benda tu papa nk bg hanim main..huhu..


Dah2 tu hanim.. Bawak baki duit tu mama nk gi bli slurpee lg best..hikhik..mama jeles la tu kan..

Saturday, July 24, 2010

Bila Bercinta Ada Nilainya

"Di mana saya mahu bersalin... wang sudah habis, makan pun terpaksa minta ihsan jiran," kata Liana Abdullah, gadis berusia 15 tahun yang mendakwa dilarikan ke Lombok, Indonesia sebelum dibawa pulang ke Malaysia, dua bulan lalu.
Dia yang sarat mengandung tujuh bulan berkata, suaminya, Tohri Jadi Jaya, 22, yang kini berada di Lombok tidak lagi mengirimkan wang kepadanya kerana tidak bekerja sejak pulang ke negara itu.

“Jika ibu mengandung lain mungkin sibuk membeli kelengkapan bayi, saya pula tak mampu, walaupun sepasang baju. Malah, nak makan seharian pun harapkan ihsan jiran yang sering mengajak makan di rumah mereka,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. Liana yang dibawa pulang ke Malaysia pada 26 Mei lalu, berkata, dia bimbang dan buntu memikirkan nasibnya bersama bakal anak tanpa kehadiran orang tersayang, termasuk suami dan keluarga.

“Nak bersalin di hospital perlukan wang, bagaimana dengan saya yang tiada sumber kewangan. Setiap kali suami telefon, saya memaklumkan penderitaan dan minta wang, tetapi suami jawab dia sendiri sudah habis wang simpanan hasil bekerja di Sarawak dulu dan kini tidak bekerja, walaupun sudah berusaha sedaya mungkin.

“Dengan siapa lagi saya mahu mengadu... hanya suami yang jauh mahu mendengarnya, tapi tidak mampu menolong saya kerana dia tidak dibenarkan datang ke negara ini lagi,” katanya sambil menahan sebak.
Sementara itu, Tohri ketika dihubungi berkata, dia kesal kerana tidak mampu membantu dan memberi nafkah kepada isterinya, walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan untuk mencari pekerjaan, tetapi tidak menyembunyikan hasrat untuk kembali hidup bersama Liana. - bharian

Wednesday, July 14, 2010

Bila Kau Kata Kau Sayang

Salam.. slmt pagi rabu uols.. Pagi ni mood feeling skit coz td dlm kete dgr lagu zaman cintan cintun dlu2.. Sila bg chance ye nk feeling nih..hehe.. Jom kita tgk apa liriknya:

Bila kau kata kau sayang
Terus aku tersenyum
Dan lantas kumenjawab
Hmmm....mmm
Aku juga sayang padamu

Bila kau kata kau rindu
Aku pun rindukanmu
Dan lalu kujelaskan
Kita sudah saling Oh jatuh cinta

Kau hadir saat aku memerlukan penawar duka lara
Setelah lama hidupku kesepian
Terbalut lah lukaku dengan harum cintamu
Terima kasih kuucapkan

Senyumanmu sering ku terbayang
Terlepas rinduku bila dengar suaramu
Terasa bagaikan kau ada di sisi
Di mana saja ku berada

Aku pun berdoa pada Tuhan
Semoga cinta kita berpanjangan selamanya
Berkocak nafas di dada bila terpandang mu
Janganlah engkau pergi dariku...

Bila kau kata kau rindu
Aku pun rindukanmu
Bila kau kata kau sayang
Hmmm....mmm
Aku juga sayang padamu

- Lagu nyanyian Screen.. Tangkap leleh beb.. Masa umur 17 dlu lagu ni mmg meletoppp kebaboom woo..
- Pssstt.. my hubby penah nyanyi live lagu ni masa 'gayut' dlm phone.. Auuwww phewiittt.. Tp masa tu h/phone blom wujud lg, maklum la 13tahun yg lalu..huhu..

Tom Raja Farah Dakwa Diperangkap Melalui SMS

Juara Mystar LG3, Raja Farah Afzal Raja Ikram atau Tom mengakui menyesal membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Nur Umirah Ali atau Miera,17, yang dipercayai mempunyai agenda tersendiri untuk memerangkapnya.

Miera adalah adik tiri isteri kepada seorang lelaki yang juga bekas kekasih Tom. "Ya saya ada SMS dengan dia, tetapi dia yang mula menghantar SMS dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya terlebih dahulu."Dia yang mulakan dengan cara kasar untuk membangkitkan kemarahan selain bertujuan mengumpan saya untuk mengaku mempunyai hubungan dengan abang iparnya," ujar Tom menjawab persoalan apabila SMS yang dihantarnya kepada Miera telah disiarkan sebuah portal hiburan, Isnin.

Kata Tom dia menyesal kerana tidak menyimpan SMS yang dikirimkan Miera itu kerana menganggap ia tidak penting tetapi terkejut apabila gadis itu rupa-rupanya mempunyai maksud tersirat. Menurutnya, dalam SMS itu Miera asyik bertanya sejauh manakah hubungan dia dengan abang iparnya dan Tom menjelaskan lelaki berkenaan adalah bekas kekasihnya dan mereka sudah tidak ada apa-apa hubungan istimewa lagi.

Bagaimanapun Tom menjadi marah apabila gadis berkenaan berulang kali mempersoalkan penjelasannya menyebabkan dia terpaksa menghantar mesej memberi amaran agar tidak melakukan perbuatan yang dianggapnya sebagai kurang ajar.

"Saya tidak simpan SMS yang dikirimkannya kerana tidak mahu memanjangkan perkara ini, tetapi mereka simpan SMS saya sebab ada agenda tersendiri. Saya mengaku ada telefon Miera sebab sudah tidak tahan dengan SMS yang terus menerus membangkitkan kemarahan saya. "Mereka asik bertanyakan tentang hubungan saya dengan lelaki tersebut, walaupun saya sudah berkali-kali menjelaskannya ia adalah perkara lepas. "Kalau anda di tempat saya mungkin akan melakukan perkara yang sama. "Mereka serang saya guna SMS bertubi-tubi sehingga membuatkan saya membalas dengan kata-kata agak kesat. Memang silap saya kerana melayan SMS tersebut," ujarnya dengan nada kesal. - Petikan mstar

Luna Maya - Ariel Lepas Rindu Di Dalam Penjara

Walaupun mengharungi masa sukar krn berdepan tuduhan melakonkan video lucah, pasangan yg sedang hangat bercinta, Ariel - Luna Maya dikatakan sempat melepaskan rasa rindu di dlm bilik tahanan.

 Melihat drpd gambar yg tersebar yg menunjukkan Ariel sedang memangku Luna sambil mereka menonton sesuatu di telefon bimbit Luna Maya. Malah, gambar tersebut dipercayai diambil drpd kamera telefon bimbit berdasarkan resolusi yg rendah.

Luna sememangnya dibenarkan utk berjumpa Ariel sejak penyanyi yg digelar Peterporn itu ditahan. Rakan terdekat Luna menafikan Luna menangis ketika berjumpa Ariel tetapi tidak menafikan Luna kelihatan sebak ketika dapat memeluk Ariel.

“Luna tidak menangis, cuma matanya saja berkaca-kaca, ialah kerana rindu,” jelas rakan Luna. - sinarharian

Tuesday, July 13, 2010

Dicekik, Ditendang Krn Nk Slmtkan Tom Raja Farah

PETALING JAYA: Wartawan Utusan Malaysia, Raja Intan Dianna Raja Azham,25, mengalami bengkak pada rusuk kirinya dan lebam-lebam di seluruh badan akibat dipukul ketika mahu meleraikan pergaduhan melibatkan juara program realiti MyStarz LG musim ketiga, Raja Farah Afzal Raja Ikram atau Tom.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Ahad lepas, Raja Intan cuba membantu Tom yang diserang sekumpulan lelaki sehingga membuatkan dia turut mengalami kecederaan. Kata Raja Intan, walaupun Tom adalah saudaranya dia bukan mahu masuk campur urusan penyanyi itu sebaliknya atas sifat kasihan melihat sekumpulan lelaki cuba membelasah penyanyi tersebut.
"Saya bersimpati terhadap Tom apabila melihat seorang daripada lima lelaki meluru kearahnya lalu menyepak bahagian pipi kanan dia. "Kerana kasihan saya cuma membantu tetapi saya pula yang turut dicederakan," ujarnya ketika dihubungi Mstar Online di sini, Isnin.

Dalam kejadian di Damansara Ahad lepas, Tom cedera dibelasah oleh sekumpulan lelaki dipercayai akibat selisih faham selepas dia membuat kenyataan dalam rancangan Melodi yang dia sebenarnya tidak mengganggu rumah tangga orang. Sebelum ini Tom dikatakan menyebabkan rumah tangga seorang wanita dengan suaminya bergoyang kerana dia mempunyai hubungan dengan suami wanita berkenaan yang juga kekasih lamanya.

Kata Raja Intan, pada mulanya dia berada pada deretan kedai tidak jauh dari tempat kejadian. Bagaimanapun selepas melihat isteri kepada lelaki yang dikaitkan dengan Tom itu cuba menyelamatkan penyanyi itu daripada dipukul, dia turut membantu. Malangnya pada waktu itu dia pula yang ditendang pada bahagian rusuk selain dicekik oleh seorang daripada kumpulan lelaki berkenaan. "Beberapa perempuan yang berada disitu turut menjerit serta memaki hamun saya agar tidak masuk campur kerana saya orang luar. "Mereka juga ada memberi ugutan kepada saya agar beredar dari situ," jelasnya yang kini masih trauma dengan kejadian tersebut. - Petikan mstar

Monday, July 12, 2010

Apa Kes Plak Ni? - Tom Raja Farah MyStar LG

PETALING JAYA: Perbincangan antara rakan lelaki juara program realiti MyStarz LG musim ketiga, Tom Raja Farah dengan ahli keluarga isteri lelaki itu bagi mencari penyelesaian terhadap isu rumah tangga mereka, semalam, berakhir dengan pergaduhan apabila berlaku tumbuk-menumbuk dan sepak terajang sehingga menyebabkan penyanyi itu serta beberapa individu lain cedera.


TOM cedera di seluruh badan apabila dibelasah oleh sekumpulan empat lelaki di sebuah restoran di Damansara semalam. Gambar kecil, Tom yang cedera di muka. - kosmo

Sunday, July 11, 2010

Tanda Lelaki Itu Dah Ada Bini

1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan.

2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara. Dan juga menggatal tgk awek lain.

3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi. Atau jauh dr tempat tinggalnya.

4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal. Atau beralasan tidur @ silent.

5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.

7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.

8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh isterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua). Tangannya pun gatal menjalar. Cium pun nak. Ada pengalaman.

9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.

10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya @ koleksi awek2 yang lain.

11.Keretanya akan dikemaskan kononnya baru balik dari kerja. Kasut dan beg diletak di depan semula.

12.Pelekat parking akan ditanggalkan untuk mengelak diketahui tempat tinggalnya.

13.Jangan percaya belum kahwin kalau umur dah meningkat 30 lebih.

Saturday, July 10, 2010

Saat2 Indah Fasha Sandha Bersama Jejai

Umum dah tahu yag Fasha dah umumkan penyataan yang dia dengan Jejai adalah sepasang kekasih yang 'sah'. Jadi takda spekulasi lagi di antara mereka berdua nie kalau mereka saling menafikan dan gambar menjadi bukti segala-galanya mengenai mereka berdua. Gambar di bawah ini adalah saat-saat indah Fasha dan Jejai. Sungguh romantik gitue. Jejai nampaknya tidak mengatal sangat. Jadi percepatkan lagi proses pernikahan tue.:)



- Petikan: izyan.com

Klik utk:  -- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

Thursday, July 8, 2010

Renungkan Jika Bercinta Suami Orang

Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yg cuba disampaikan. Moga bleh dijadikan panduan utk kita semua. khususnya wanita.

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU 

Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA 

Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

-- Apa pendapat uols ekk? Komen skit, my pren..huhu..

Tuesday, June 29, 2010

Remaja Perempuan Lari Ikut Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak lama lagi telah melarikan diri dari rumah sejak lapan hari lepas.

Rosmida Rosli, pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di dikatakan tidak pulang ke rumahnya di Taman Tas selepas sekolah, sejak 21 Jun lalu.

Ibunya, Juraini Saad, 39, yang menghubungi pihak sekolah kemudiannya, telah diberitahu bahawa anak sulungnya itu tidak pun ke sekolah pada hari berkenaan.

Keluarganya mengesyaki remaja berkenaan telah melarikan diri bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Man yang berumur 28 tahun.

"Saya bertambah yakin dengan andaian saya setelah mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada anak saya yang meminta supaya saya menarik balik laporan polis yang telah saya buat atau dia akan membunuh diri," kata bapa remaja berkenaan Rosli Roslan, 48.

Beliau meminta bantuan orang ramai yang mengetahui di mana anaknya berada supaya menghubunginya di talian 014-5318269. - BERNAMA

Wednesday, May 12, 2010

SELAGI STOK MASIH ADA

Salam.. Jgn marah uols, ni n3 mangga dan mangga dan mangga lagi..hehe.. Ekceli ni cer ptg semlm, sambil2 layan adamaya tu tingat stok dlm fridge. Tggu apa lagi, trus amik la. Sgt sedap makan2 santai cmni, cik hanim pn join sama lgpn dia mmg layan gak cer adamaya mcm mama papa dia, x padan dgn umur bru 3thn lbh..huhu..



Best xleh cer, 4bijik tu skali jeling je..ahaks.. Hanim pn makan laju je main rebut2 dgn papa dia. So lovely tgk dua beranak tu, mesra sgt2.


Stok ni byk lagi.. Jgn risau uols, compem ada lagi n3 pasal mangga ni..Naseb la.. kuikui2..

Tuesday, May 11, 2010

SPECIAL DINNER HARI IBU

Salam.. Ni ada lg nk cer pasal Hari Ibu, walau agak lewat kan. Maklum la, line x bp clear sari dua ni kan, slow sgt nk load picca. So ini la spesel dinner yg disponsor by my hubby hari tu. (ye la klu bkn laki sape lg kan) uhuks..



APA LAGU CINTA UOLS?

Salam.. Nk tya skit uols klu boleh la kan. Errrr, masa uols bercintan cintun dlu2 ada lagu tema tak? Alaaa lagu2 yg bt uols rasa kembali muda 4-5 tahun tu la..ahaks. Lagu apa ekk? Share la skit uols, byk pun xpe hehe2.. I punya lagu tema plak dh tahap 'season' dh kot, lagu lama katakan. Cuba teka apa tajuknya, klu sudi la kan.
Oppss, ok2 x yah buang masa la main teka2 mcm la org beria sgt nk tahu plak..huhu..

Ni dia lagu berhantu tu,' LANGKAH SEIRINGAN - EXIST'.

Dikala ku keseorangan
Kenangan pun datang
Menjelma lagi
Terbayang saat-saat
Yang manis
Ketika bersama dahulu

Tak tertahan menanggung rindu
Disaat kau berjauhan dariku
Bayangmu selalu datang menjelma
Membuat teguhnya cintaku

Oh sayangku hulurkan tanganmu
Bersama kita bergandingan
Berdua menuju arah bahagia
Melalui liku-liku kehidupan
Pahit manis kita hadapi bersama
semoga kita berdua berbahagia...

Dikala ku keseorangan
Kenangan pun datang menjelma lagi
Terbayang saat-saat yang manis
Ketika bersama dahulu

Ada sesape x ant. uols yg minat lagu ni? Lagu zaman sekolah menengah lagi tau, tp dh gatal main cinta plak. Seb baik jadi kawin kan, klu x Lu pikir la sndri.. La la la la..

Friday, April 23, 2010

JUMAAT MMG BEST

Salam.. Penat, letih, x larat n sewaktu dgnnya skang ni.. Amat byk langkah seiringan dihayunkan bersama hr ni.. Really2 need to rest..



Sambil layan lagu tema since 15thn lps,' Langkah Seiringan' - Exist.

Thursday, February 11, 2010

PADA KHAMIS ITU..

Salam.. Hari ni dh Khamis rupanya.. So, esk kami blk kg la, yahoo.. X sabar nk makan masakan Ma yg best2 tu, tgk tpt kita membesar, lepak di gerai fevret zaman skolah n visit tpt2 kenangan cinta Eriani. Tgk station bus KB, tingat masa2 gatal dating naik bas dlu2. Walau school lain2, I stay asrama n en.ery plak skolah harian, tp every Thursday en.ery akan terpacak kt station bus tu tggu kot2 mggu tu I dpt blk umah. Maklum la, zaman tu mana ada hp mcm skang ni, susah nk contact oo.. Klu I call umah dia pn, bukan jenis lekat kt umah, selalu je xde, gi main bola la, repair motor la, kuar dgn kwn la. Grr..

Tp plg best, dating secara x sengaja. Haha, cmne tu ekk? Nk cer skit, tgh I duk usha no. bas nk blk tu, tetiba dgr suara pggil.. Wani!!!! Uits, mcm ku kenal je suara itu.. Tgk2 dia rupanya. Berbunga2 lah hati ku, kuikui2..

Hai, cmne tau Wani blk mggu ni? tya ku. (jual mahal lg tu)
Doh mggu lps, dua mggu lps pn x dok kt sini, mggu ni mesti blk la kan,' jwbnya.
I: Ehh!! Tggu sini tiap Khamis ke?
Hubby: Doh kita gilo kt demo, tggu je lh. Nk bt guano dok.(bajet ayat power tu)
I: Klu x jmp, x rasa nk marah ke?
Hubby: X marah pn. Biasa la pungguk dgn bulan. Tp klu dpt jmp gak rasa mcm raya je..hehe.. (Ada ke cmtu?)

Pastu naik bas, dpt seat sebelah2. Seb baik dpt seat, coz standard la bas no.44 mmg full tahap sardin la klu hari Khamis.. Dgn macho nya en.ery cop seat utk I, n of course la byr tiket bas skali kan. Borak sakan la merpati dua sejoli tu, tup2 45minit dh smp..huhu.. So, sama2 la turun n jln kaki ke umah msg2. Berpisah dgn bye2 je, masa tu blum berani sebut syg, love u or sewaktu dgnnya..kuikui2..

Itulah cinta budak sekolah umur 14tahun.. (nanti Hanim baca kisah cinta Mama Papa dia mesti gelak punya lah). hehe..