ad ld

Thursday, October 16, 2014

Kes Bunuh Syaleza Jaafar TV9 Norazman Menangis Rindukan Anak

Suasana Mahkamah Tinggi Shah Alam hiba sebaik Norazman Bashah Ahmad Azam, 33, yang didakwa membunuh isterinya, Nur Syaleza Jaafar, 31, dua tahun lalu menangis melepaskan kerinduan terhadap anak tunggalnya yang berusia empat tahun.


Selesai prosiding Norazman Bashah yang ketika itu diiringi keluar oleh anggota polis dipeluk ibunya sebelum melulut serta mencium anaknya.

Suasana sayu itu disaksikan oleh anggota keluarga kedua-dua pihak  yang turut mengalir air. Mereka hadir pada hari pertama perbicaraan kes bunuh Nur Syaleza yang juga merupakan Eksekutif Pentadbiran TV9.

Semasa prosiding mahkamah dimaklumkan bahawa Norazman Bashah menunjukkan kepada saksi pendakwaan kelima, Sarjan S Manivannan, tempat si mati dibaringkan. Manivanan berkata, dia tiba di rumah tersebut bersama dua lagi anggota Unit Operasi dan Pencegahan Jenayah di Saujana Damansara, dekat sini jam 10 malam pada 28 Julai 2012.

“Mayat Nur Syaleza dibaringkan di atas tilam  di ruang tamu serta diselimutkan. “Saya lihat seorang kanak-kanak lelaki yang berumur sekitar dua tahun menangis di tepi pintu,”katanya. Menurutnya, siasatan mendapati terdapat kesan pintu bilik dipecahkan dan keadaan di dalam berselerak selain itu almari solek dalam keadaan terjatuh namun cerminya tidak pecah.

“Saya tanya kepadanya kenapa ada dua helai kain cadar, namun Norazman Bashah memberitahu dia telah memotong kain tersebut semasa menurunkan si mati,” katanya. Beliau juga turut dimaklumkan oleh tertuduh kain simpul yang diikat di atas kipas sudah dibukasewaktu menurunkan mayat isterinya. “Saya bertanya beberapa kali kenapa dia membuka sampul kain di kipas, tapi tertuduh enggan menjawab,” katanya.

Manivanan yang bertugas di bahagian Operasi dan Pencegahan Jenayah Balai Polis Sg Buloh turut membuat pemeriksaan ke atas mayat Nur Syaleza dan mendapati terdapat kesan lebam di leher. “Setelah selesai tugas sekitar jam 11.30 malam saya dan dua anggota menghantar mayat ke Hospital Sg Buloh untuk proses bedah siasat,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar.

Sementara itu, Pakar Forensik Patalogi Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sg Buloh, Dr Shahidan Md Noor, 55, memberitahu hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat tersebut adalah disebabkan asfiksia. “Asfiksia berlaku apabila udara tidak dapat memasuki paru-paru,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas mayat, terdapat beberapa kecederaan luaran antaranya jalur merah putih pada bahagian depan leher mangsa selain buih darah di mulut dan hidung mangsa. “Terdapat juga kesan lebam di atas dahi, buku lali dan keting. Bedah siasat yang dijalankan jam 10.30 pagi pada 29 Julai turut mendapati terdapat kesan pendarahan bintik-bintik pada struktur leher. “Saluran pernafasannya banyak buih halus,” katanya.

Norazman Bashah didakwa membunuh isterinya di kediamannya di Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai 2012. Bekas Eksekutif  Bahagian Teknologi Maklumat Syarikat Gas dan Minyak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. sinarharian

--  Pernikahan Erin Malek Dan Farriz Fauzy Di Duta Suria (Gambar)
--  Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai
--  Syaleza Jaffar TV9 Mati Akibat Leher Dijerut
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar) 

No comments: