ad ld

Tuesday, October 14, 2014

Adib Datuk K Dilantik CEO Tune Studios (Gambar)

Anak Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau Datuk K iaitu Mohd. Adib dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios/Tune Records yang sebelum ini disandang oleh Allahyarham Jeremy Ahmad Maikel.


Adib, 24, menerusi laman Instagram miliknya memberitahu, selain memegang jawatan tertinggi itu dia juga bertindak sebagai pemegang saham syarikat kumpulan Tune tersebut berkuatkuasa 9 Oktober lalu.

"Saya ingin berterima kasih kepada semua di Tune Group terutamanya Datuk Kamarudin Meranun dan Tan Sri Tony Fernandes di atas kepercayaan diberikan kepada saya untuk memikul tanggungjawab dan mengalu-alukan kedatangan saya ke dalam keluarga Tune," kata Adib dalam status Instagram miliknya. Terdahulu, Jeremy, 31, yang memegang jawatan tersebut sejak 2012 meninggal dunia pada 9 April lalu di Mekah, Arab Saudi semasa mengerjakan Umrah.

Selain syarikat rakaman, Tune juga mempuyai rangkaian hotel seluruh negara yang mana ia merupakan anak syarikat kepada AirAsia Berhad milik Kamarudin dan Tony Fernandes. Dalam pada itu, Adib dalam kenyataan sama berjanji akan berusaha dalam memberikan perkhidmatan terbaik dengan menghidangkan muzik terbaik kepada peminat di seluruh rantau Asia.

"Saya tidak sabar untuk memberikan peminat di rantau ini hiburan muzik terbaik," katanya lagi. Tune Studios/Tune Records adalah studio rakaman terbesar di Malaysia menyediakan peralatan rakaman audio dan produksi dengan lebih 10 bilik studio yang terletak di Klang, Selangor.

Selain kerja-kerja rakaman, ia juga menyediakan kelas pendidikan dan latihan muzik yang terbuka kepada orang ramai dan pemain dalam industri seni. Adib sebelum ini mempunyai syarikat rakamannya sendiri iaitu What's Up Entertainment yang bertanggungjawab menerbitkan album Inggeris ibu tirinya iaitu Datuk Siti Nurhaliza berjudul All Your Love. mstar

--  Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
--  Pernikahan Tengku Amalin Dan Pengiran Muda Abdul Qawi (Gambar)
--  Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

No comments: