ad ld

Friday, October 31, 2014

Asmaa Aljuned Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi MH17 Buka Boost Juice Di Cyberjaya

Tiga bulan selepas tragedi yang meragut nyawa pembantu juruterbang MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi, isteri dan anak lelakinya telahpun memulakan kehidupan dengan pembukaan francais Boost Juice di D’Pulze, Cyberjaya, baru-baru ini.


Menurut isterinya, Asmaa Aljuned, Hakimi pernah menyatakan hasrat ingin membuka restoran sebelum pemergiannya, dan mencadangkan supaya bermula secara kecil-kecilan, lapor sebuah portal.

Sebelum ini, Asmaa merupakan suri rumah dan berhasrat memulakan perniagaan selepas berehat untuk menguruskan anaknya yang masih kecil. Dia menggunakan kesemua simpanannya untuk memulakan perniagaan selain turut dibantu oleh bapa dan juga suaminya.

Asmaa telahpun menandatangani perjanjian dengan francaisi dan bercadang untuk menandatangani permohonan pinjaman pada 18 Oktober, yang sepatutnya Hakimi juga sudah pulang dari Amsterdam. Bagaimanapun, segala perancangan awal yang dibuat musnah apabila pesawat yang dinaiki Hakimi ditembak jatuh pada 17 Julai lalu.

“Saya gunakan semua simpanan untuk pendahuluan memulakan perniagaan. Waktu kejadian berlaku, saya hanya ada RM 400 sahaja dalam akaun, dan RM 50 dalam laci yang ditinggalkan oleh suami,” katanya. Bagaimanapun, Asmaa bersyukur kerana menerima bantuan daripada ahli keluarga, rakan-rakannya, termasuk rakan-rakan suami dan ahli-ahli Persatuan Juruterbang Malaysia Airlines (MAPA).

Malah, dia turut menerima sumbangan daripada pihak-pihak prihatin yang memberi sumbangan wang terus ke akaun simpanannya. Dia juga amat menghargai sokongan moral yang diberikan termasuk kaum keluarga, rakan-rakan, majikan suami serta wakil daripada Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat.

Asmaa memberitahu, dia kini fokus untuk menguruskan perniagaannya serta memberi sepenuh kasih sayang ke pada satu-satunya anak bersama Hakimi yang berusia setahun, Abderrahman. sinarharian

-- Bienda Bersalin Awal Anak Kedua Selepas Demam Panas (Gambar)
-- Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
-- Adel Tersingkir Akademi Fantasia 2014 Di Konsert Ketujuh (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

No comments: