Langkah-langkah diplomatik oleh Kedutaan Malaysia di Sweden sekarang
adalah mencukupi bagi membantu pasangan Malaysia yang ditahan pihak
berkuasa negara itu kerana dikatakan memukul tangan anak mereka kerana
tidak solat.
"Kita menghormati undang-undang Sweden dan kita tidak mahu
memburukkan keadaan tetapi percayalah kami sedang melakukan segala
mungkin untuk membantu keluarga itu," kata Menteri Luar Datuk Seri
Anifah Aman. Anifah berkata paling utama ialah kebajikan anak-anak terbabit. "Pegawai-pegawai dari Kedutaan Malaysia telah mengunjungi anak-anak
berkenaaan dan ibu bapa mereka," kata beliau selepas pertemuan dengan
Menteri Luar Turkmenistan, Rashid Meredov di Institut Diplomasi dan
Perhubungan Luar.
Pasangan tersebut, Azizul Raheem Awalludin dan isteri, Shalwati
Norshal, seorang guru yang sedang bercuti di negara itu, telah ditahan
reman sejak 18 Dis bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan. Keempat-empat anak mereka kini tinggal bersama keluarga angkat yang disediakan oleh perkhidmatan masyarakat negara itu. mstar
-- Farah Lee Isteri Ally Iskandar Mengandung 12 Minggu (Gambar)
-- Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)
-- Isteri Ustaz Don Bersalin Anak Lelaki 3.5kg Bernama Don Mustofa Di Mesir (Gambar)
-- Makan Mi Segera Boleh Mati?
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!