Polis sedang berusaha mengesan individu yang menyebarkan di laman
sosial gambar seorang kanak-kanak perempuan separuh bogel berusia dua
tahun yang mati dibunuh. Mayat kanak-kanak itu ditemui di sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Dungun pada petang Selasa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata
pihaknya memandang serius perkara itu kerana pihak terbabit
sewenang-wenangnya menyebarkan gambar tersebut tanpa memikirkan
sensitiviti keluarga mangsa. "Kita akan menyiasat kes ini di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia
dan di bawah Akta Kanak-kanak," katanya pada sidang media Rabu.
Mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui oleh seorang pengawal
keselamatan yang melakukan rondaan di kawasan perumahan baru itu
kira-kira 3.30 petang selepas terlihat pintu utama rumah berkenaan
terbuka serta terhidu bau busuk. Curiga dengan bau itu, pengawal keselamatan itu masuk ke dalam rumah
berkenaan dan menemui mayat kanak-kanak itu dalam keadaan terbaring di
bilik air. Dalam pada itu, Manoharan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian kanak-kanak terbabit. mstar
-- Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)
-- Isteri Ustaz Don Bersalin Anak Lelaki 3.5kg Bernama Don Mustofa Di Mesir (Gambar)
-- Kassim Masdor Meninggal Dunia (Gambar)
-- Farah Lee Isteri Ally Iskandar Mengandung 12 Minggu (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!