ad ld

Sunday, November 10, 2013

Guard Tembak Norazita Ditahan Di Johor Suami Mangsa Harap Hukuman Setimpal

Polis berjaya menahan suspek yang terlibat dalam kes menembak mati seorang pengurus operasi Ambank di Subang Jaya bulan lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan Ops Cantas Bukit Aman berjaya menahan lelaki berkenaan di Johor Baru awal pagi Ahad.


"Syabas, pasukan Ops Cantas Bukit Aman telah berjaya tangkap pembunuh/perompak kejam AmBank di Johor pagi ini. Terima kasih rakyat Malaysia yang membantu PDRM," katanya dalam laman Twitter rasminya pada Ahad.

Sementara itu, suami mangsa Irwan Kamaruddin berpuas hati dengan kejayaan polis memberkas suspek.
Irwan, 37, ketika dihubungi Bernama berharap suspek dikenakan hukuman setimpal. "Saya mengucapkan terima kasih kepada polis kerana menangani kes itu sehingga selesai," katanya. Ditanya mengenai kehidupan keluarga serta anak-anaknya, beliau berkata kehidupannya seperti biasa namun sunyi tanpa isterinya.

Dalam kejadian 23 Okotober lepas, pegawai AmBank Subang Jaya Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan. Mangsa telah bekerja selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek. Suspek melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000. Polis telah menahan tujuh individu termasuk saudara serta rakan suspek pengawal keselamatan berkenaan.

-- Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda (Gambar)
-- Cheryl Samad Bersalin Anak Perempuan (Gambar)
-- Rozita Che Wan Bercuti Di London (Gambar)

No comments: