Thursday, November 10, 2011

Gambar Nabila Cium Mulut ? : Amy Search Nasihat Nabila Jaga Tingkah Laku

Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy berharap anaknya, Nabila Huda, 27, menjaga tingkah laku demi menjaga kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Kata Amy, Nabila seharusnya lebih fokus dan jangan rosakkan apa yang telah dikecapinya hari ini dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan namanya dalam industri.

"Saya tidak tahu tentang gambar-gambar itu, tapi sebagai bapa saya berharap dia menjaga tingkah lakunya kerana dia seorang perempuan. "Dia yang memilih untuk menjadi selebriti dan seharusnya dia menjaga kerjaya dan fokus dengan apa yang dia ada sekarang," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single berjudul Simetri.

Amy diminta mengulas tentang laporan sebuah program hiburan yang menyiarkan beberapa keping gambar artis yang dipercayai milik Nabila Huda. Gambar-gambar liar tersebut diambil ketika Nabila sedang berpesta di Pulau Tioman bersama seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya.

Bagaimanapun, Amy enggan mengulas lanjut perkara tersebut namun berharap Nabila sedar dan bertanggungjawab terhadap kesilapannya. "Saya harap dia tidak melarikan diri daripada kesilapan yang telah dilakukan dan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku," katanya. mstar

-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Penoreh Temui Mayat Gadis Bogel Terikat Pada Pokok
-- (Gambar) Bayi 9 Bln Koma, Alami Pendarahan Dlm Otak Dibaling Bapa Krn Kerap Nangis Di Jasin Melaka

3 comments:

  1. tak habis lagi dia ni....dolu khalwat mmg mengaku, so harap yg ni dia berani tampil wat penjelasan gak

    ReplyDelete
  2. uishhhh... mesti amy pon rasa malu dgn tingkah laku anak dia kan????
    lgpon nabila kan dah ader anak...
    x elokla wat gitu kan??? huhuhu

    suker tgk amy search skrg...
    wlupon rockers, tp imej dia tuh sejuk jer mandang...

    ReplyDelete
  3. salam blogwalking...
    itu pilihan dia....tak serik2 lagi dah la tu... bapak sendiri pn cara tak sengaja terkena la tempias dari perbuatan anak.... fikir2kanlah ...wassalam

    ReplyDelete

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!