Polis pada Isnin mengesahkan bahawa kejadian kebakaran yang
membabitkan lebih 10 patung lilin di muzium lilin The Red Carpet, i-City
di sini Rabu lepas adalah perbuatan khianat. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam,
DSP Muhammad Idzham Jaafar berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen
436 Kanun Keseksaan berikutan khianat ke atas bangunan.
"Suspek dilihat memakai topi dan sarung tangan dalam kejadian itu...
bagaimanapun kami tidak boleh bagi komen lanjut mengenainya sehingga
siasatan selesai," katanya. Sementara itu, Pengurus Maklumat I-Berhad, pemaju i-City, Tang Soke
Ching dalam kenyataan berkata pengesahan polis itu berdasarkan rakaman
kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis terbabit.
