"Abang gantunglah langsir," itu kata-kata terakhir Rosmahawani Abd
Wahab, 41, isteri Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)
Mohd Raffli Abdul Malek kepada arwah sebelum suaminya mati akibat
terkena tiga das tembakan di rumah mereka di Indera Mahkota 2 Ahad. Mohd Raffli, 49, meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu
Mohd Asyraff, 22, Mohd Abrar, 20, Mohd Amin, 15, dan Mohd Akashah, 12.
Menurut Rosmahawani, ketika kejadian mereka berdua sedang melakukan
kerja-kerja rumah dan beliau menyuruh arwah menggantung langsir sebelum
Mohd Amin memaklumkan ada orang ingin berjumpa bapanya di luar rumah.
