ad ld

Showing posts with label ketua penguatkuasa jaip mati ditembak. Show all posts
Showing posts with label ketua penguatkuasa jaip mati ditembak. Show all posts

Sunday, November 10, 2013

Mohd Raffli Ketua Penguatkuasa JAIP Mati Ditembak Tiga Das Depan Rumah (Gambar)

"Abang gantunglah langsir," itu kata-kata terakhir Rosmahawani Abd Wahab, 41, isteri Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Abdul Malek kepada arwah sebelum suaminya mati akibat terkena tiga das tembakan di rumah mereka di Indera Mahkota 2 Ahad. Mohd Raffli, 49, meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu Mohd Asyraff, 22, Mohd Abrar, 20, Mohd Amin, 15, dan Mohd Akashah, 12.


Menurut Rosmahawani, ketika kejadian mereka berdua sedang melakukan kerja-kerja rumah dan beliau menyuruh arwah menggantung langsir sebelum Mohd Amin memaklumkan ada orang ingin berjumpa bapanya di luar rumah.