ad ld

Showing posts with label menu buka puasa. Show all posts
Showing posts with label menu buka puasa. Show all posts

Friday, July 10, 2015

Menu Buka Puasa Di Kota Bharu

Balik kampung dapat berpuasa, berbuka dan bersahur bersama keluarga tercinta terutamanya mak ayah pasti priceless kan. Di saat usia ibu bapa kita semakin tua, usia kita juga kian meningkat. Hargailah masa yang ada untuk mendampingi orang tua kita.


Wednesday, July 8, 2015

Pasar Ramadhan Di Kelantan Apa Yang Menarik

Assalamualaikum.. Bulan puasa memang ditunggu tunggu hamba Allah yg inginkan ganjaran pahala yg berganda ganda kan. Begitu juga golongan peniaga, x kira lah yg dh lama bergelar peniaga ataupun bulan puasa bru dia mula berniaga.


Thursday, July 2, 2015

Rezeki Dari Pengasuh Alhamdulillah

Alhamdulillah rezeki daripada Mak Abah pengasuh kakak Hanim dan si kembar Husna Hanis ni. Semlm masa my hubby gi amik anak2 kat umah pengasuh, siap dapat bekal utk berbuka puasa ni, kuih, bubur lambuk, durian dan paling best gulai ikan sembilang beb.


Ni dah kali kedua Mak pengasuh bagi gulai ikan sejak dua minggu puasa ni. Yang first hari tu gulai ikan tenggiri memang mabeles sampai lupa nk snap gamba hehe. Kak Hanim n adik2 dia nampak selera betul makan nasi dengan masakan Mak tu. Siap tambah nasi kakak tu masa berbuka.

Hidup di perantauan, Mak Abah ni lah umpama org tua kami. Layan kami sekeluarga macam anak cucu dorang sendiri. Apa2 hal pun kami refer dgn mereka, anak demam nk bagi makan apa ke, tangan bengkak nk gi urut kat mana ke, nak beli kereta pun tanya pendapat dorang dulu.

Alhamdulillah kami ditemukan dengan orang baik2 seperti Mak Abah ni. Terubat rindu dengan orang tua di kampung. Jasa dan budi baik dorang x terbalas rasanya, terima kasih sangat2 Mak Abah, semoga makin murah rezeki dan dipermudahkan segalanya.

Friday, July 12, 2013

Kupon KFC Di Tesco Dengan Belian RM100 Ke Atas (Gambar)

Kupon KFC di Tesco ni boleh didapati dengan pembelian barangan bernilai RM100 dan ke atas. Tapi dalam tempoh 8-21 Julai 2013 je tau dan sementara stok masih ada. Tempoh penggunaan kupon tu plak bermula 8 Jul hingga 30 Ogos 2013.


Kedah kan cuti 1 Ramadhan, so sempat la ronda ronda jap hari tu. Singgah Tesco macam biasa beli barangan stok dapur, tup tup cashier bagi kupon ni. Hanim suka sangat tengok kupon ni, terus dia cakap hari ni kita buka puasa dgn kfc la kan mama.

Kupon sajian RM16.90 KFC ni bermaksud menu ini boleh dinikmati dgn bayaran RM16.90. Bukan kupon hidangan percuma ye. Pepun tetap menarik gak tu kan ada 2 ketul ayam, 6 ketul nuget, 2 whipped potato dan 2 minuman. Kami dah dapat, anda bila lagi? Chewah, free promo untuk Tesco plak kan.

-- Suntikan Tiga Serangkai Bayi 4 Bulan My Twins Jangan Demam Ya
-- Monsters University Di Grand Cineplex Village Mall Jom Dating

Tuesday, July 24, 2012

Gulai Kawah Batang Pisang Baling Kedah

Uolls penah makan batang pisang? Kena try ni baru tau power ke tak..hehe. Teringat awal2 pindah ke Kedah dulu, attend kenduri kahwin ofismate my hubby, ada menu gulai ni.

Masa tu x tau apa benda dlm gulai tu, coz kalau kt Kelantan biasa dicampur dgn buah ara plg tidak pun. Dia suap selamba je maklum lah org teringat gulai kt kampung kan, ada la skit homesick masa tu..kui2.

Pastu tetiba my hubby mcm tersedak, 'Oitt apa benda ni? Kebetulan kwn dia si pengantin tu ada kt situ bgtau,' Tu la batang pisang, menu paling kick kt sini!!! Then my hubby jawab,' Perhhh, hari ni dlm sejarah makan batang pisang wa cakap lu.

Kwn dia cakap,' Aku tau la kat Kelantan batang pisang cmni bagi lembu makan je tp kt sini campur dlm gulai best. En Ery jwb,' Xde hal lah, ok je still leh carry on tp try slow2 la, culture shock mode lg ni haha..

Thursday, May 24, 2012

Menu Buka Puasa

Petang semlm balik keje Hanim ajak ronda2 dulu. Plan nk blk masak la konon siakap elok je duk beku dlm fridge nun, tup2 tgk jam dh kul 7. Hanim plak dh senyum je tgk kfc. Terjah je lah.

Ni hasilnya, tambah cheessy wedges lg umpps. Belum ada idea lg utk berbuka ptg ni. Uolss plan apa ekk?

Monday, August 15, 2011

Durian Memang Sedap Kan

Slmt berpuasa di hari ke 15 Ramadhan. Cepat masa berlalu dh separuh bulan mulia ini kita tinggalkan. Semlm kt SP jammed teruk, ramai kuar bt persiapan raya dh.

Radio pn dh mula main lagu raya, alahai dengar lagu P.Ramlee Dendang Perantau bt hati ku igt kt kg, sob3. Xpe sabar2, lg 11 hari dh nk blk kg kan. Ehehe mood raya dh dtg ni.

Durian pn berlambak dijual kt SP ni, meriah je berlonggok kt tepi2 jalan. Bru plan nk beli, tup2 jmp dgn mak pengasuh Hanim, dia bagi 2 biji durian. Alhamdulillah rezeki kan. Mlm tu tgk isinya woww mablesssss. Rasa pn terbaik gitu. hehe. Uols pun dh layan durian ke masa buka puasa?

Tuesday, August 31, 2010

Buat Popiah Di Ptg Hari, Bukan Utk Kuih Raya Tp Makan2 Je

Salam di hari Kemerdekaan. Bru lps layan bloglist, tgk agak slow new n3 kengkawans hari ni ye, maklum la public holiday kan. Kami pn blk kuar meronda td, 4jam kt luar x terasa pn hari ni, 3 shopping malls berjaya diterjah..huhu.. Skang bru terasa agak penat rupanya..

Ok ni ada lg skit cer di weekend lps, masa tu aura rajin lbh skit la. Lps siapkan menu berbuka, tetiba rasa nk bt popiah plak. Lgpn x susah pn nk bt kan, trus je lah.. Jom layan picca :


Mula2 sediakan dgn sepatutnya dlu ok.. Pastu goreng laa...


Then apalagi bila dh masak, makan la plak kan..hehe..


Ok uols, slmt berbuka puasa di Hari Kemerdekaan ye..

Thursday, August 26, 2010

Bazar Ramadhan Paling Berisiko

Bazar Ramadan mungkin menjadi tempat paling sesak dengan orang ramai yang mahu mencari juadah berbuka tetapi ia juga tempat yang paling banyak berlaku kes keracunan makanan sejak umat Islam mula berpuasa pada 10 Ogos lalu.

Laporan Kementerian Kesihatan mendapati, daripada 13 kes keracunan makanan yang dilaporkan sejak 10 Ogos lalu, sebanyak tujuh kes didapati berpunca daripada makanan yang dibeli di bazar Ramadan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya di sini semalam menjelaskan, kesemua kes membabitkan makanan yang telah basi tetapi masih dijual kepada pelanggan. "Kami kecewa dengan sikap pengendali makanan yang masih menghidang atau menjual makanan basi tanpa mengambil kira kesan terhadap kesihatan pelanggan mereka," katanya. - kosmo

Thursday, August 19, 2010

Setengah Jam Lagi Buka Puasa, Sempat Ke Masak?

Salam.. Uols dh plan ke nak masak or just tunjuk2 yg org masak kt kedai hr ni? hehe.. Pepun janji sedap kan. Ok lah, ni bru nk cer n3 puasa kt blog ni, maklum lah lappy masuk 'wad' 10hari katakan..

Ni menu buka puasa semlm, simple je prepared pn dlm 30minit jerr.. Smp umah lambat gara2 hanim nk laptop baru gak dia pn..huhu.. Siap cakap, Mama dpt laptop baru, hanim pn nak jugak la papa!!! Cari punya cari, x sedar jam dh kol 6.55pm. Papa suggest terjah kfc tesco je, tp tgk2 dh full. Then decide blk masak kt umah je lah, papa tya sempat ke masak ni? Huhu, blom cuba blom tahu ok..kih3.. Smp umah 7.05pm trus mula operasi. Dan hasilnya.. Taraaaa...


Udang tomyam belasah je..


Telur dadar n udang goreng..

-- Cun2 siap hidang 7.35pm, trus baca doa buka puasa laaa...hehe..

Wednesday, August 18, 2010

70% Buffet Ramadan Campur Arak - JAKIM

Hampir 70% daripada pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ke atas hotel-hotel dan premis makanan di sekitar Lembah Klang yang berselindung di sebalik terma bufet Ramadan diragui status halalnya. Hotel terbabit yang tidak memiliki sijil halal telah mencampurkan alkohol dalam masakan untuk penyediaan bufet Ramadan.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, penemuan itu hasil pemeriksaan oleh 20 penguat kuasa pasukan jabatan itu. Menurutnya, berikutan itu pihaknya mengarahkan hotel terbabit dengan serta-merta tidak menggunakan alkohol agar tidak mengelirukan pengguna Islam yang menikmati juadah berbuka puasa di situ.

"Kita melakukan pemeriksaan setiap hari dan meningkatkan pemantauan mulai 1 Ramadan lalu di semua hotel di sekitar Lembah Klang dan didapati kebanyakan hotel gemar mencampurkan arak dalam masakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Jakim baru-baru ini mengeluarkan amaran kepada pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal supaya tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadan atau berdepan risiko diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972. - utusan

-- Hati2 uols.. Sesape yg nk berbuka puasa kt hotel tu, check status halal dlu ok..