ad ld

Showing posts with label iftar. Show all posts
Showing posts with label iftar. Show all posts

Thursday, July 2, 2015

Rezeki Dari Pengasuh Alhamdulillah

Alhamdulillah rezeki daripada Mak Abah pengasuh kakak Hanim dan si kembar Husna Hanis ni. Semlm masa my hubby gi amik anak2 kat umah pengasuh, siap dapat bekal utk berbuka puasa ni, kuih, bubur lambuk, durian dan paling best gulai ikan sembilang beb.


Ni dah kali kedua Mak pengasuh bagi gulai ikan sejak dua minggu puasa ni. Yang first hari tu gulai ikan tenggiri memang mabeles sampai lupa nk snap gamba hehe. Kak Hanim n adik2 dia nampak selera betul makan nasi dengan masakan Mak tu. Siap tambah nasi kakak tu masa berbuka.

Hidup di perantauan, Mak Abah ni lah umpama org tua kami. Layan kami sekeluarga macam anak cucu dorang sendiri. Apa2 hal pun kami refer dgn mereka, anak demam nk bagi makan apa ke, tangan bengkak nk gi urut kat mana ke, nak beli kereta pun tanya pendapat dorang dulu.

Alhamdulillah kami ditemukan dengan orang baik2 seperti Mak Abah ni. Terubat rindu dengan orang tua di kampung. Jasa dan budi baik dorang x terbalas rasanya, terima kasih sangat2 Mak Abah, semoga makin murah rezeki dan dipermudahkan segalanya.

Tuesday, August 23, 2011

Pencarian Lailatul Qadar, 10 Malam Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum. Lamanya x update blog ni, last week bz dgn xtvt iftar anjuran student mengikut course masing2. Ada yg organised kt hotel, restoran n dewan kuliah pn ada gak. Hanim pn dibawa bersama join majlis berbuka puasa tu, seronok dia tgk byk makanan best. he3.

Xtvt kuliah pn bz coz nk ikut silibus, prepare soklan kuiz n exam utk my students. Mlm rehat jap je coz ikut papa hanim gi terawih, sambil2 nk ajar hanim biasakan dgn surau/masjid. Alhamdulillah hanim ok je, dia teruja kot tgk ramai org sembahyang, ikut je buat dri awal smp habis. Cuma hari dia sekolah xleh bt lama sgt kesian hanim kalo tido lewat nk gi school kan.

Imam solat terawih kt 2-3 surau sekitar SP ni dtg dari Indonesia, Pesantren Jawa. Dh 5 tahun rasanya setiap Ramadhan dorg dtg SP dlm group 5-10 org then bergilir jd imam kt masjid/surau berdekatan. Mulanya x perasan, tp lps seminggu terawih kt satu surau tu, my hubby ajak gi surau lain plak.

Tya hubby nape, dia kata imam tu tukar gi surau satu lg, suara dia sedap baca ayat sayu je dgr. Gitu lah rotate dorg bt sepanjang Ramadhan ni. Hubby kata kagum tgk dorg, usia muda2 lg dh merantau jd imam, Al-Quran plak dh ada dlm diri, bertuah mereka belajar sekolah pondok.

10 malam terakhir Ramadhan ni berganda2 ganjaran pahala. Sama2 lah kita berusaha tingkatkan kualiti ibadat lbh2 lg pencarian Malam Lailatul Qadar sblm Ramadhan mulia tahun ini meninggalkan kita.