ad ld

Showing posts with label kes bayi mati di pusat asuhan. Show all posts
Showing posts with label kes bayi mati di pusat asuhan. Show all posts

Monday, March 21, 2011

(Gambar) Lagi Bayi Mati Tersedak Susu Di Taska

Ada lg kes bayi mati tersedak susu di pusat asuhan. Terbaru menimpa bayi 2 bulan Adelia yg baru 2 hari dihantar ke taska tu. Takziah utk keluarga arwah. Al-Fatihah.

- Seorang bayi perempuan berusia dua bulan maut akibat tersedak susu ketika berada di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Seksyen 10, Shah Alam, Selangor pada Rabu lalu. Adelia Muhammad Nizzam disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan, dipercayai kira-kira sejam sebelum dia dikejarkan ke klinik itu oleh pengasuh Taska.

Saturday, September 25, 2010

Bayi 3 Bulan Maut Tercekik Susu Di Putrajaya

Salam.. Tgk berita TV3? Lagi kes bayi mati tercekik susu. X mau cer byk, uols baca artikel ni ok..

PUTRAJAYA, 24 Sept -- Seorang bayi perempuan yang berusia tiga bulan menemui ajal yang dikatakan akibat tercekik susu yang diberikan pengasuhnya di sini Selasa lalu. Selepas diberikan susu, Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz dibiarkan bersendirian sementara pengasuhnya memasak di dapur. Bapa bayi berkenaan Mohd Fairuz Mohamad Stap, 31, berkata pada hari itu, isterinya Haney Usmiza Abdul Hamid, 30, seperti biasa menghantar bayi mereka kepada pengasuh pada pukul 8 pagi sebelum pergi kerja.

"Farisha baru sahaja sembuh daripada selesema dan isteri saya sudah memaklumkan perkara itu kepada pengasuh tersebut. "Kemudian kira-kira 10.30 pagi, isteri saya menerima panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan anak kami tidak sedarkan diri. "Isteri saya bergegas ke rumah pengasuh tetapi dimaklumkan jiran pengasuh itu, bayi saya sudah dibawa ke Hospital Putrajaya. "Di unit kecemasan, isteri saya dimaklumkan bayi kami sudah meninggal dunia," katanya. Mohd Fairuz berkata Farisha adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan dihantar untuk dijaga pengasuh berkenaan sebaik isterinya habis pantang selepas bersalin.

Menurutnya, beliau difahamkan bahawa pengasuh berkenaan mempunyai sijil latihan dan lesen untuk mengasuh kanak-kanak serta dipantau sebulan sekali oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Pusat Asuhan Malaysia. Selain Farisha, pengasuh tersebut yang mempunyai pengalaman selama empat tahun dalam penjagaan kanak-kanak, turut menjaga lima kanak-kanak lagi. Fairuz berkata beliau menganggap kejadian tersebut sebagai takdir dan belum bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh itu.
"Pengasuh itu juga sudah memohon maaf. Namun saya berharap kejadian seumpama itu tidak berlaku lagi dan semua pengasuh perlu menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin," katanya. - Bernama

Tuesday, September 21, 2010

Lagi Kes Bayi Mati Di Pusat Jagaan Kanak Kanak

Salam.. Rasanya tentu naluri seseorg ibu akan tersentuh bila baca berita kematian bayi walau dgn apa sebab skali pn kan. Sedih baca kt kosmo td, ada lagi kes bayi mati di pusat jagaan kanak2. Tahun ni saja dh kerap kali kita dgr kes2 cmni. Nape perlu terus berlaku? X dpt bayangkan cmne perasaan ibu bapa bayi tu hadapi hari2 mendatang lbh2 lg baru je lalui Hari Raya bersama kan. Tentu byk memori manis dan gambar2 yg diabadikan di raya tu. Semoga ibu bapa mangsa tabah dgn dugaan tersebut.

Seorg petugas HTJ (foto) m'bawa mayat Nor Azwa (foto kecil) utk pemeriksaan.

--> SEREMBAN – Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia selepas dihantar ibu bapanya di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Paroi, dekat sini semalam. Mangsa, Nor Azwa Safrina Hairul Anuar dikatakan dihantar ke pusat asuhan itu pagi semalam kira-kira pukul 7 pagi sebelum ibu bapanya ke tempat kerja. Menurut nenek mangsa, Zadariah Ismail, 57, dia bergegas ke pusat asuhan itu kira-kira pukul 11 pagi selepas salah seorang penjaga pusat itu menghubunginya memaklumkan keadaan Nor Azwa Safrina didapati lemah.

Selepas menerima panggilan dari pusat asuhan, saya terus membawa Nor Azwa Safrina ke Klinik Kesihatan Ampangan, di sini dan kemudiannya pihak klinik berkenaan mengarah agar di bawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) untuk rawatan segera. “Punca kematian masih belum diketahui berikutan pihak hospital masih menjalankan siasatan,'' katanya ketika ditemui di bilik mayat HTJ. Ibu bapa mangsa, Norhida Md. Noor, 26, dan Hairul Anuar, 28, yang tidak mahu diganggu berikutan kematian anak sulung mereka kelihatan sugul ketika menanti di bilik mayat. - kosmo

-- Takziah dan Al Fatihah utk bayi Nor Azwa.
-- Apa perasaan uols?