ad ld

Showing posts with label isyarat kotak hitam dikesan. Show all posts
Showing posts with label isyarat kotak hitam dikesan. Show all posts

Thursday, April 10, 2014

Misi Mencari MH370 Kesan Dua Isyarat Ping 5 Dan 7 Minit

Kapal pertahanan Australia (ADV), Ocean Shield mengesan dua isyarat baharu ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masih hilang sejak 8 Mac lalu. "Ocean Shield dapat mengesan semula dua isyarat pada petang dan lewat malam (Selasa)," kata Ketua Penyelaras Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) Australia, Angus Houston, Rabu.


Beliau berkata, satu isyarat 'ping' dikesan selama kira-kira lima minit 25 saat, manakala yang ke dua untuk tempoh selama tujuh minit. Sebelum ini, Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan dua isyarat yang berlarutan sehingga lebih dua jam.