Kapal pertahanan Australia (ADV), Ocean Shield mengesan dua isyarat
baharu ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat pesawat
Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masih hilang sejak 8 Mac lalu. "Ocean Shield dapat mengesan semula dua isyarat pada petang dan lewat
malam (Selasa)," kata Ketua Penyelaras Pusat Penyelaras Agensi Bersama
(JACC) Australia, Angus Houston, Rabu.
Beliau berkata, satu isyarat 'ping' dikesan selama kira-kira lima
minit 25 saat, manakala yang ke dua untuk tempoh selama tujuh minit. Sebelum ini, Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan dua isyarat yang berlarutan sehingga lebih dua jam.