Sepanyol muncul Juara Piala Dunia pertama di bumi Afrika apabila menewaskan Belanda 1-0 menerusi jaringan Andres Iniesta pada minit ke-166 masa tambahan.
ANDRES Iniesta (kiri) menjaringkan gol kemenangan Sepanyol, dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Soccer City, Johannesburg, awal pagi ini. - Foto Reuters
Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama.
Tindakan pengadil England, Howard Webb melayangkan kad merah kepada pertahanan Belanda, John Heitinga pada minit ke-109 menjadi detik kejatuhan ‘The Flying Dutchman’.
ad ld
Showing posts with label World Cup result. Show all posts
Showing posts with label World Cup result. Show all posts
Monday, July 12, 2010
Sunday, July 11, 2010
Keputusan Piala Dunia - Uruguay vs Jerman
Jerman menewaskan Uruguay 3-2 pada perlawanan penentuan tempat ketiga Piala Dunia 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay awal pagi tadi.
Jerman mendahului menerusi jaringan Thomas Mueller pada minit ke-19 sebelum Uruguay menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian menerusi gol Edinson Cavani.
Diego Forlan meletakkan Uruguay di depan pada minit ke-51 sebelum Marcell Jansen menyamakan kedudukan untuk Jerman lima minit kemudian.
Sami Khedira memastikan Jerman memenangi tempat ketiga Piala Dunia 2010 apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-82.
Jerman mendahului menerusi jaringan Thomas Mueller pada minit ke-19 sebelum Uruguay menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian menerusi gol Edinson Cavani.
Diego Forlan meletakkan Uruguay di depan pada minit ke-51 sebelum Marcell Jansen menyamakan kedudukan untuk Jerman lima minit kemudian.Sami Khedira memastikan Jerman memenangi tempat ketiga Piala Dunia 2010 apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-82.
Labels:
Jerman,
Piala Dunia 2010,
Uruguay,
World Cup result
Keputusan Piala Dunia - Jerman vs Uruguay (1st Half)
Keputusan Perlawanan Piala Dunia 2010 : Penentuan Tempat Ke-3
JERMAN ( 1 ) - URUGUAY ( 1 )
Thomas Muller 18' Edinson Cavani 27'
JERMAN ( 1 ) - URUGUAY ( 1 )
Thomas Muller 18' Edinson Cavani 27'
Labels:
Jerman,
Piala Dunia 2010,
Uruguay,
World Cup result
Thursday, July 8, 2010
Keputusan Piala Dunia Separuh Akhir - Jerman vs Sepanyol
Jaringan tunggal Carles Puyol berjaya membantu Sepanyol mara ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali pertama selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Jerman.
PEMAIN Sepanyol meraikan jaringan ketua pasukannya, Carles Puyol (dua dari kanan) selepas dia berjaya menanduk masuk gol kemenangan menewaskan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Moses Mabidha Stadium, Durban. Keputusan Jerman 0, Sepanyol 1. - AFP
Keputusan perlawanan tersebut mengulangi aksi akhir Euro 2008 dengan Sepanyol mencatat jaringan yang sama cuma kali ini melalui Puyol yang melompat tinggi untuk menanduk sepakan sudut Xavi Hernandez pada minit ke-73.
Aksi terbaik Sepanyol di Piala Dunia ialah memenangi tempat keempat pada 1950. Mereka akan bertemu Belanda dalam perlawanan akhir Ahad ini di Soccer City. - AP
PEMAIN Sepanyol meraikan jaringan ketua pasukannya, Carles Puyol (dua dari kanan) selepas dia berjaya menanduk masuk gol kemenangan menewaskan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Moses Mabidha Stadium, Durban. Keputusan Jerman 0, Sepanyol 1. - AFPKeputusan perlawanan tersebut mengulangi aksi akhir Euro 2008 dengan Sepanyol mencatat jaringan yang sama cuma kali ini melalui Puyol yang melompat tinggi untuk menanduk sepakan sudut Xavi Hernandez pada minit ke-73.
Aksi terbaik Sepanyol di Piala Dunia ialah memenangi tempat keempat pada 1950. Mereka akan bertemu Belanda dalam perlawanan akhir Ahad ini di Soccer City. - AP
Labels:
Jerman,
Piala Dunia 2010,
Sepanyol,
Separuh Akhir,
World Cup result
Wednesday, July 7, 2010
Keputusan Piala Dunia Separuh Akhir - Belanda vs Uruguay
Belanda melayakkan diri ke final Piala Dunia FIFA 2010 selepas menundukan Uruguay 3-2 di Stadium Green Point, awal pagi tadi.
Penyerang Belanda, Arjen Robben (kanan) menjaringkan gol kedua pasukannya sambil dicabar pertahanan Uruguay pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA 2010 diStadium Green Point, Cape Town, awal pagi tadi. Keputusan Uruguay 2, Belanda 3. - Foto AFP
Belanda mendahului menerusi gol V Bronckhorst pada minit ke-18 sebelum Forlan menyamakan kedudukan untuk Uruguay pada minit ke-41.
Pada separuh masa kedua, Belanda meningkatkan asakan dan pada minit ke-70 Wesley Sneijder menjaring gol kedua.
Arjen Robben menambah satu lagi gol tiga minit kemudian untuk memberi kedudukan selesa kepada Belanda.
Uruguay memperoleh gol kedua selepas dua minit masa kecederaan hasil jaringan Pereira. Sneijder yang bermain cemerlang sepanjang kejohanan ini dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
Belanda akan menetang sama ada Jerman atau Sepanyol pada perlawanan akhir untuk menentukan juara Piala Dunia 2010.
Penyerang Belanda, Arjen Robben (kanan) menjaringkan gol kedua pasukannya sambil dicabar pertahanan Uruguay pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA 2010 diStadium Green Point, Cape Town, awal pagi tadi. Keputusan Uruguay 2, Belanda 3. - Foto AFPBelanda mendahului menerusi gol V Bronckhorst pada minit ke-18 sebelum Forlan menyamakan kedudukan untuk Uruguay pada minit ke-41.
Pada separuh masa kedua, Belanda meningkatkan asakan dan pada minit ke-70 Wesley Sneijder menjaring gol kedua.
Arjen Robben menambah satu lagi gol tiga minit kemudian untuk memberi kedudukan selesa kepada Belanda.
Uruguay memperoleh gol kedua selepas dua minit masa kecederaan hasil jaringan Pereira. Sneijder yang bermain cemerlang sepanjang kejohanan ini dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
Belanda akan menetang sama ada Jerman atau Sepanyol pada perlawanan akhir untuk menentukan juara Piala Dunia 2010.
Labels:
Belanda,
Piala Dunia 2010,
Separuh Akhir,
Uruguay,
World Cup result
Sunday, July 4, 2010
Keputusan Piala Dunia - Sepanyol vs Paraguay
Sepanyol menewaskan Paraguay 1-0 pada perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Ellis Park sebentar tadi untuk bertemu Jerman pada perlawanan separuh akhir.
Penyerang Sepanyol, David Villa (kanan), menjaringkan gol kemenangan menentang Paraguay, perlawanan suku akhir Piala Dunia 2010, di Stadium Ellis Park, Johannesburg, awal pagi tadi. - Foto AP
Gol kemenangan Sepanyol dijaringkan David Villa pada minit ke-83.
Paraguay sepatutnya mendahului juara Eropah itu pada minit ke-41 tetapi jaringan Nelson Valdez dibatalkan kerana beliau dikatakan ofsaid.
Perlawanan semakin rancak pada separuh masa kedua dan Paraguay sekali lagi terlepas peluang untuk mendahului Sepanyol apabila sepakan penalti Oscar Cardozo pada minit ke-59 diselamatkan penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas.
Seminit kemudian, Sepanyol pula mendapat sepakan penalti dan Xabi Alonso mudah merembat masuk tetapi pengadil mengarahkan sepakan diambil semula kerana pemain Sepanyol terlalu awal memasuki kotak penalti.
Percubaan kedua Alonso ditampan penjaga gol Paraguay, Justo Villa, untuk mengekalkan kedudukan 0-0.
Namun, Villa sekali lagi menjadi wira Sepanyol apabila merembat masuk gol kemenangan ketika permainan berbaki tujuh minit.
Penyerang Sepanyol, David Villa (kanan), menjaringkan gol kemenangan menentang Paraguay, perlawanan suku akhir Piala Dunia 2010, di Stadium Ellis Park, Johannesburg, awal pagi tadi. - Foto APGol kemenangan Sepanyol dijaringkan David Villa pada minit ke-83.
Paraguay sepatutnya mendahului juara Eropah itu pada minit ke-41 tetapi jaringan Nelson Valdez dibatalkan kerana beliau dikatakan ofsaid.
Perlawanan semakin rancak pada separuh masa kedua dan Paraguay sekali lagi terlepas peluang untuk mendahului Sepanyol apabila sepakan penalti Oscar Cardozo pada minit ke-59 diselamatkan penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas.
Seminit kemudian, Sepanyol pula mendapat sepakan penalti dan Xabi Alonso mudah merembat masuk tetapi pengadil mengarahkan sepakan diambil semula kerana pemain Sepanyol terlalu awal memasuki kotak penalti.
Percubaan kedua Alonso ditampan penjaga gol Paraguay, Justo Villa, untuk mengekalkan kedudukan 0-0.
Namun, Villa sekali lagi menjadi wira Sepanyol apabila merembat masuk gol kemenangan ketika permainan berbaki tujuh minit.
Labels:
Paraguay,
Piala Dunia 2010,
Sepanyol,
World Cup result
Saturday, July 3, 2010
Keputusan Piala Dunia - Argentina vs Jerman
JERMAN (4) - ARGENTINA (0)
Jerman mengalahkan Argentina 4-0 dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia sebentar tadi.
Gol Jerman dijaring oleh Thomas Mueller (2'), Miroslav Klose (67', 88'), Arne Friedrich (73').
Jerman mengalahkan Argentina 4-0 dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia sebentar tadi.
Gol Jerman dijaring oleh Thomas Mueller (2'), Miroslav Klose (67', 88'), Arne Friedrich (73').
Labels:
Argentina,
Jerman,
Piala Dunia 2010,
World Cup result
Keputusan Piala Dunia - Jerman vs Argentina (1st Half)
ARGENTINA ( 0 ) - JERMAN ( 1 )
Jerman mendahului Argentina 1-0 pada separuh masa pertama dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Stadium Green Point.
Gol dijaringkan Thomas Mueller pada minit kedua.
(Photo by Clive Rose/Getty Images)
Jerman mendahului Argentina 1-0 pada separuh masa pertama dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Stadium Green Point.Gol dijaringkan Thomas Mueller pada minit kedua.
(Photo by Clive Rose/Getty Images)
Labels:
Argentina,
Jerman,
Piala Dunia 2010,
World Cup result
Keputusan Piala Dunia - Uruguay vs Ghana
Uruguay mara ke separuh akhir selepas menundukkan Ghana dengan keputusan sepakan penalti 4-2.
PEMAIN Uruguay, Luis Suarez (kiri) menampan bola menggunakan tangan ketika keadaan kelam kabut di gawang pasukannya pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 Uruguay menentang Ghana di Stadium Soccer City, Johannesburg, Afrika Selatan, awal pagi tadi. Ghana dihadiahkan sepakan penalti berikutan kesalahan itu. Keputusan Uruguay 4, Ghana 2 (sepakan penalti).
Ia berikutan keputusan seri 1-1 selepas perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Soccer City, tamat sehingga masa tambahan.
Sementara itu, Ghana mendahului Uruguay 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Muntari pada minit ke-47.
Manakala, gol pertama Uruguay dijaringkan Diego Forlan pada minit ke-55 apabila sepakan percumanya gagal ditampan penjaga gol Ghana, Kingson.
PEMAIN Uruguay, Luis Suarez (kiri) menampan bola menggunakan tangan ketika keadaan kelam kabut di gawang pasukannya pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 Uruguay menentang Ghana di Stadium Soccer City, Johannesburg, Afrika Selatan, awal pagi tadi. Ghana dihadiahkan sepakan penalti berikutan kesalahan itu. Keputusan Uruguay 4, Ghana 2 (sepakan penalti).Ia berikutan keputusan seri 1-1 selepas perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Soccer City, tamat sehingga masa tambahan.
Sementara itu, Ghana mendahului Uruguay 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Muntari pada minit ke-47.
Manakala, gol pertama Uruguay dijaringkan Diego Forlan pada minit ke-55 apabila sepakan percumanya gagal ditampan penjaga gol Ghana, Kingson.
Labels:
Ghana,
Piala Dunia 2010,
umah,
World Cup result
Friday, July 2, 2010
Keputusan Piala Dunia - Brazil vs Belanda
Belanda menundukkan Brazil 2-1 dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan yang berlangsung di Stadium Nelson Mandela Bay di sini, sebentar tadi.
PEMAIN Belanda, Wesley Sneijder (10) menjaringkan gol kedua ketika menentang Brazil pada peringkat suku akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay, malam tadi. Brazil tewas 1-2 kepada Belanda. - Foto AFP
Gol Brazil dijaringkan Robinho pada minit ke-10. Manakala, sejurus separuh masa kedua bermula, Belanda terus mengasak dan memperoleh gol penyamaan selepas hantaran lintang Wesley Sneijder ditanduk pemain Brazil, Felipe Melo pada minit ke-53 ke gawang sendiri.
Pada minit ke-68, Belanda berada di hadapan dengan 2-1 apabila sepakan sudut Arjen Robben dihantar ke belakang Dirk Kuyt sebelum Sneijder yang tidak dikawal menanduk masuk.
PEMAIN Belanda, Wesley Sneijder (10) menjaringkan gol kedua ketika menentang Brazil pada peringkat suku akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay, malam tadi. Brazil tewas 1-2 kepada Belanda. - Foto AFPGol Brazil dijaringkan Robinho pada minit ke-10. Manakala, sejurus separuh masa kedua bermula, Belanda terus mengasak dan memperoleh gol penyamaan selepas hantaran lintang Wesley Sneijder ditanduk pemain Brazil, Felipe Melo pada minit ke-53 ke gawang sendiri.
Pada minit ke-68, Belanda berada di hadapan dengan 2-1 apabila sepakan sudut Arjen Robben dihantar ke belakang Dirk Kuyt sebelum Sneijder yang tidak dikawal menanduk masuk.
Labels:
Belanda,
Brazil,
Piala Dunia 2010,
World Cup result
Keputusan Piala Dunia - Brazil vs Belanda (1st Half)
PEMAIN Brazil, Robinho (kanan) meraikan jaringan pertama bersama rakan sepasukan pada peringkat suku akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay, malam ini. - Foto Reuters
Gol Brazil dijaringkan Robinho pada minit ke-10.
Labels:
Belanda,
Brazil,
Piala Dunia 2010,
World Cup result
Wednesday, June 30, 2010
Keputusan Piala Dunia - Sepanyol vs Portugal
CAPE TOWN: Juara Eropah, Sepanyol mempamerkan keunggulan apabila menumpaskan Portugal 1-0 pada pusingan kedua Piala Dunia di Stadium Green Point sebentar tadi.
Gol tunggal jaringan penyerang David Villa pada minit ke-63 hasil hantaran Inesta sudah cukup untuk memastikan Sepanyol menempah tiket ke pusingan suku akhir.
Labels:
Piala Dunia 2010,
Portugal,
Sepanyol,
World Cup result
Keputusan Piala Dunia - Paraguay vs Jepun
PRETORIA, 30 Jun — Paraguay mara ke pusingan suku akhir Piala Dunia 2010 selepas menewaskan Jepun 5-3 melalui sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada masa sebenar.
Yuichi Komano gagal menyudahkan sepakan ketiga Jepun menyebabkan pasukan bimbingan Takeshi Okada itu gagal melakar sejarah mara ke suku akhir buat kali pertama - AP

PERTAHANAN Jepun, Marcus tulio Tanaka (kanan), menyelamatkan bola dari dibolosi gawang gol oleh penyerang Paraguay, Lucas Barrios (kiri), dalam perlawanan Piala Dunia Fifa 2010, di Stadium Loftus Versfeld, Thwane, Pretoria. Keputusan Paraguay menang 5-3 melalui sepakan penalti, selepas tamat perlawanan seri tanpa jaringan. - Foto AFP

Jepun,
Paraguay,
Piala Dunia 2010,
World Cup result
Tuesday, June 29, 2010
Keputusan Piala Dunia - Paraguay vs Jepun (1 Half)
Paraguay dan Jepun terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama perlawanan pusingan kedua Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Loftus Versfeld.
Labels:
Jepun,
Paraguay,
Piala Dunia 2010,
World Cup result
Keputusan Piala Dunia - Brazil vs Chile
PENYERANG Brazil, Luis Fabiano (atas) berjaya meloloskan diri dari kawalan penjaga gol Chile, Claudio Bravo, sebelum menjaringkan gol kedua pasukannya pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Ellis Park, Johannesburg, Afrika Selatan, awal pagi tadi. Keputusan Brazil 3 Chile 0 - Foto AP
Juara dunia lima kali, Brazil semakin hampir untuk memenangi satu lagi Piala Dunia selepas menewaskan Chile 3-0 dalam pusingan kedua, di Stadium Ellis Park, awal pagi tadi.
Dengan keputusan itu, Brazil akan bertemu Belanda yang sebelum itu menewaskan Slovakia 2-1.
Gol Brazil dijaringkan oleh Juan dan Luis Fabiano pada separuh masa pertama sebelum Robinho menambah derita Chile untuk gol ketiga Brazil pada separuh kedua.

Chile,
Piala Dunia 2010,
World Cup result
Keputusan Piala Dunia - Belanda vs Slovakia
Keputusan Perlawanan Piala Dunia 2010 :
BELANDA ( 2 ) - SLOVAKIA ( 1 ).
Belanda menewaskan Slovakia 2-1 pada perlawanan pusingan kedua Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Durban sebentar tadi.
Gol Belanda dijaringkan Arjen Robben pada minit ke-18 dan Wesley Sneijder pada minit ke-84.
Slovakia memperoleh sepakan penalti pada minit keempat masa kecederaan dan Robert Vittek menyempurnakannya.
Dengan kemenangan itu, Belanda mara ke peringkat suku akhir dan akan bertemu sama ada Brazil atau Chile.

Slovakia,
World Cup result
Monday, June 28, 2010
Keputusan Piala Dunia - Belanda vs Slovakia ( 1st Half )
Belanda mendahului Slovakia 1-0 pada separuh masa pertama perlawanan pusingan kedua Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Durban.
Gol Belanda dijaringkan Arjen Robben pada minit ke-18.
Gol Belanda dijaringkan Arjen Robben pada minit ke-18.
Labels:
Belanda,
Piala Dunia 2010,
Slovakia,
World Cup result
FIFA Enggan Ulas Kesilapan Pengadil ( England - Jerman )
FIFA enggan mengulas mengenai kesilapan pegawai perlawanan yang menafikan England satu gol dalam kekalahan 4-1 kepada Jerman pada perlawanan Piala Dunia semalam.
England percaya ia memperoleh gol apabila rembatan Frank Lampard terkena palang gol dan melantun masuk sebelum melantun ke palang sekali lagi.
Pengadil Uruguay, Jorge Larrionda, mengarahkan permainan diteruskan tetapi ulang tayang televisyen menunjukkan bola sudah melepasi garisan gol. Gol itu sepatutnya menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-38 di Bloemfontein.
Pada perlawanan kemudian, pegawai perlawanan melakukan satu lagi kesilapan apabila membenarkan gol pertama Argentina dalam perlawanan menentang Mexico. Argentina akhirnya menang 3-1 di Soccer City.
Ulang tayang menunjukkan Carlos Tevez dalam kedudukan ofsaid dengan tiada pemain pertahanan di antara beliau dan gawang apabila beliau menanduk masuk pintu gol yang ternga-nga hasil umpanan Lionel Messi pada minit ke-26.
Pengadil Itali, Roberto Rosetti, membenarkan gol itu selepas berbincang dengan pembantunya ketika pemain Mexico mengelilingi mereka untuk membantah..- AP

England,
Jerman,
Piala Dunia 2010,
World Cup result
Keputusan Piala Dunia - Argentina vs Mexico
PENYERANG, Carlos Tevez (kiri), menanduk masuk gol pertama Argentina menentang Mexico perlawanan Piala Dunia FIFA 2010, di Stadium Soccer City, Soweto, awal pagi ini. - Foto AFP
Argentina menundukkan Mexico 3-1 dalam perlawanan pusingan kedua Piala Dunia FIFA 2010 yang berlangsung di Stadium Soccer City, sebentar tadi.
Selepas mendahului 2-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Carlos Tevez pada minit ke-26 dan Higuain minit ke-33, Tevez sekali lagi menambah jaringan pada separuh masa kedua dengan jaringan pada minit ke-52.
Bagaimanapun, pada minit ke-71, Mexico cuba merapatkan jurang selepas J Hernandez menjaringkan gol selepas meledakkan sepakan kencang ke bahagian atas sebelah kanan penjaga gol Argentina, Romero.

Carlos Tevez,
Mexico,
Piala Dunia 2010,
World Cup result
Keputusan Piala Dunia - England vs Jerman
BLOEMFONTEIN 27 Jun - Jerman melangkah ke suku akhir dengan penuh bergaya selepas menundukkan England 4-1 dalam aksi pusingan kedua di Stadium Free State, sebentar tadi.
Gol England yg dinafikan pengadil.
Thomas Mueller muncul wira Jerman apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-67 dan 70 sementara Miroslav Klose dan Lukas Podolski masing-masing menjaringkan satu gol pada minit ke-20 dan ke-32.
Gol tunggal England disumbangkan Matthew Upson pada minit ke-37.
Jerman akan bertemu pemenang antara Argentina dan Mexico pada peringkat suku akhir. - Agensi
Gol England yg dinafikan pengadil.
Thomas Mueller muncul wira Jerman apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-67 dan 70 sementara Miroslav Klose dan Lukas Podolski masing-masing menjaringkan satu gol pada minit ke-20 dan ke-32.
Gol tunggal England disumbangkan Matthew Upson pada minit ke-37.
Jerman akan bertemu pemenang antara Argentina dan Mexico pada peringkat suku akhir. - Agensi
Labels:
England,
Jerman,
Piala Dunia 2010,
World Cup result
Subscribe to:
Posts (Atom)