ad ld

Showing posts with label Nor Syahayati Yahya mati terjerut tali buaian di Kg Tok Keling Pokok Sena Kedah. Show all posts
Showing posts with label Nor Syahayati Yahya mati terjerut tali buaian di Kg Tok Keling Pokok Sena Kedah. Show all posts

Wednesday, November 3, 2010

(Gambar) Budak 6 Thn Mati Terjerut Tali Buaian

ALOR SETAR: “Dia beria-ia minta dibelikan telekung dan al-Quran kerana ingin belajar solat dan mengaji minggu lalu tetapi hasratnya tidak kesampaian,” kata Mohd Ridzuan Cha, 41, bapa tiri Nor Syahayati Yahya, 6, yang mati akibat terjerut tali buaian di rumahnya di Kampung Tok Keling, Pokok Sena, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang juga murid tadika Pokok Sena, dikatakan melilit tali buaian pada lehernya sebelum menolak kakinya ala tarzan ke sofa menyebabkan lehernya terjerut. Ketika kejadian, ibunya, Siti Aisyah Ishak, 23, menidurkan adiknya yang berusia empat bulan, Muhammad Ikhwan, di buaian lain berhampiran ruang tamu rumah berkenaan. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Klinik Kesihatan Pokok Sena kira-kira jam 4 petang.