ad ld

Showing posts with label Leptospirosis. Show all posts
Showing posts with label Leptospirosis. Show all posts

Thursday, June 20, 2013

Pelajar Maahad Tahfiz Pulau Melaka Maut Dijangkiti Kencing Tikus

Seorang pelajar Maahad Tahfiz Darul Anuar, Pulau Melaka Kota Bharu Kelantan meninggal dunia pada Selasa akibat terkena jangkitan virus kencing tikus (Leptospirosis) selepas mengikuti perkhemahan pada bulan lepas di Bukit Bakar, Machang. Sheikh Mohd Alif Sheikh Mohd Fauzi, 17, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, pada 30 Mei lalu berikutan demam yang dihidapinya selepas perkhemahan tersebut.

Ibu saudara mangsa, Nur Ilyana Che Mat, 33, berkata, Sheikh Mohd Alif mengikuti perkhemahan yang dianjurkan sekolahnya sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). "Anak saudara pergi ikut perkhemahan tersebut beberapa hari sebelum cuti pertengahan tahun baru-baru ini dan kemudiannya pulang ke rumahnya di Paka,Terengganu. "Mohd Alif kemudiannya kembali ke sekolah selepas tamat cuti sekolah tersebut, namun tidak mengikuti sesi riadah dan ulangkaji sehinggalah seorang guru yang membuat pemeriksaan di asrama menemui beliau berada dalam keadaan lemah," katanya.

Wednesday, August 4, 2010

Wabak Kencing Tikus: 3 Kawasan Perkelahan Di Kedah Ditutup

Tiga kawasan perkelahan utama di Kedah ditutup untuk sementara bagi mengelakkan penularan wabak Phatogenik Leptopspira atau kencing tikus yang melanda beberapa pusat peranginan di negeri ini. Kawasan berkenaan ialah Taman Rekreasi Puncak Janing di Kuala Nerang, Taman Rekreasi Lata Bayu di Baling dan Taman Rekreasi Bukit Wang di Kubang Pasu.

Pengarah Kesihatan Kedah Dr Marzukhi Md Isberkata, setakat ini, seorang telah disahkan meninggal dunia akibat wabak itu, manakala empat yang lain disahkan positif kuman Phatogenik Leptopspira. "Mangsa yang meninggal dunia berusia lingkungan 30-an dan merupakan kakitangan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang yang datang bersama dua rakan untuk berkelah di Lata Bayu. "Dua rakannya yang positif kuman terbabit, kini dirawat di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini pada Rabu.

Dr Marzhuki berkata dua lagi ialah pengunjung yang berkelah di Puncak Janing dan mereka sedang dirawat di Hospital Kuala Nerang. Beliau berkata pihaknya kini mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghantar pasukan penyiasat untuk mengambil sampel air dan tanah di hutan lipur terbabit. "Hasil ujian yang dijalankan turut mengesahkan Puncak Janing dan Lata Bayu positif dicemari kuman Phatogenik Leptopspira. "Pihak kami meminta jabatan perhutanan daerah menutup sementara kawasan peranginan tersebut untuk kerja-kerja pembersihan dan pencegahan," katanya. Beliau turut menasihati penduduk sekitar kawasan terdedah wabak berkenaan agar tidak menggunakan air dari sumber air bukit bagi kegunaan harian kerana dikhuatiri dijangkiti virus berbahaya itu. - mstar

Friday, July 23, 2010

Gambar Operasi Pembersihan Lubuk Yu Maran


CUCI ... Sebahagian pegawai-pegawai yang berpakaian khas memungut semua sampah-sarap di taman reakrasi Lubuk Yu yang ditutup untuk sementara waktu kerana menyebabkan enam kematian akibat jangkitan bakteria leptospirosis (air kencing tikus) dan melioidosis (bakteria disebabkan air dan tanah) selepas operasi menyelamat seorang mangsa pada bulan lepas di sini pada Khamis. Operasi pembersihan bersepadu yang dijalankan hari ini membabitkan 54 anggota dari enam agensi kerajaan iaitu Jabatan Kesihatan, Jabatan Veterinar, Jabatan Perhilitan, Jabatan Perhutanan, Jabatan Bekalan Air dan Majlis Daerah Maran bagi mengawal dan langkah-langkah mencegah penularannya. - Foto BERNAMA

Sunday, July 11, 2010

PERHATIAN : Lubuk Yu Ditutup Serta - Merta

MARAN 10 Julai - Selepas enam maut dan 83 orang dijangkiti virus kencing tikus, sebuah pusat perkelahan terkenal, Hutan Lipur Lubuk Yu di sini diarahkan ditutup serta- merta bermula hari ini. Kesemua mereka yang dijangkiti bakteria meilioidosis dan leptospirosis itu dipercayai terlibat dalam usaha menyelamat seorang pemuda yang lemas di lubuk berkenaan pada 26 hingga 30 Jun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, daripada jumlah tersebut seramai 56 orang adalah daripada pasukan penyelamat manakala 27 orang adalah sukarelawan.
 "Seramai 13 mangsa menunjukkan simptom dijangkiti kuman berkenaan sehingga menyebabkan berlakunya enam kematian. "Justeru, pusat perkelahan itu hendaklah ditutup serta-merta bermula hari ini dan orang ramai dilarang mengunjunginya sehingga dibenarkan berbuat demikian," katanya kepada pemberita di pusat perkelahan tersebut di Kuala Sentol di sini hari ini.

Hadir sama Exco Kerajaan Pahang, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak, Ahli Parlimen Maran Datuk Ismail Abdul Muttalib, ADUN Kuala Sentol Datuk Shahaniza Shamsuddin dan Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Rosnah Ismail. Menurutnya, penyebaran bakteria itu disedari penduduk selepas enam kematian bermula 3 Julai dan terakhir pada Khamis lalu yang membabitkan penduduk tempatan yang berusia dalam lingkungan 29 hingga 60 tahun. "Penduduk mula bimbang apabila keenam-enam mangsa tersebut terlibat semasa membantu usaha mencari mangsa lemas di Lubuk Yu.
"Malah, ujian X-ray dan makmal menunjukkan lima kematian disebabkan bakteria meiliodosis dan satu kes kematian berpunca daripada kuman leptospirosis," jelasnya sambil memberitahu dua mangsa meninggal di rumah manakala empat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Tambahnya, orang awam yang berisiko tinggi terutama penghidap diabetes atau mengalami luka dinasihatkan agar tidak mengunjungi kawasan terbabit. "Kawasan rekreasi yang berisiko seperti di Jengka, Jerantut dan Maran tidak perlu dikunjungi pada masa ini bagi mengelak jangkitan bakteria sama.
"Saya ingin jelaskan bahawa penularan penyakit ini bukannya berpunca daripada virus tetapi sejenis kuman daripada air kencing tikus dan kawasan tanah yang tercemar," jelasnya. - utusan